Kerjaya Li_Keqiang

Li Keqiang lahir di Anhui pada 1 Julai 1955 itu menjalankan kerjaya politiknya lebih banyak di bidang pendidikan, dan kepemudaan sehingga tahun 1998. Li Keqiang sebelumnya menjawat sebagai wakil perdana menteri China. Lahir di Dingyuan, Wilayah Anhui, dia memulakan kerjaya politiknya pada tahun 1974 dan bergabung di Parti Komunis China pada Mei 1976.[4]

Li Keqiang yang berlatar pendidikan ekonomi mulai berkerjaya sebagai setiausaha parti pada tahun 1998 di Parti Komunis China Wilayah Henan dan pada 2002-2003 dia dipercayai sebagai setiausaha pada parti di wilayah yang sama.

Kerjaya politiknya terus meningkat sejak tahun 2008 bermula dari anggota Politburo, suruhanjaya pusat Parti Komunis China, sehingga timbalan Perdana Menteri.

Li Keqiang yang juga memangku jawatan nombor dua dalam Parti Komunis China mengambil alih dari Perdana Menteri Wen Jiabao. Li Keqiang dipilih untuk masa jawatan selama 5 tahun, namun sebagaimana halnya dengan Wen Jiabao, ia dikatakan akan memangku tugas itu selama dua masa jawatan - iaitu 10 tahun.[5]

Li telah menggesa usaha untuk mencegah dan mengawal wabak koronavirus baru yang melanda negara China.[6] Sejak Januari 2020, beliau bertanggungjawab terhadap pencegahan dan kawalan wabak tersebut.[7] Pada 27 Januari, Perdana Menteri Li Keqiang melawat Wuhan untuk mengarahkan kerja pencegahan wabak.[8]

Rujukan

WikiPedia: Li_Keqiang http://www.china.org.cn/china/18th_cpc_congress/20... http://www.china.org.cn/china/18th_cpc_congress/20... http://www.antaranews.com/berita/363378/li-keqiang... http://www.voaindonesia.com/content/parlemennchina... http://www.xinhuanet.com/english/2020-01/26/c_1387... http://www.republika.co.id/berita/internasional/gl... http://www.tv3.com.my/beritatv3/luar-negara/Li_Keq... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p376462272 http://isni.org/isni/0000000047589984 https://www.chinadaily.com.cn/a/202001/21/WS5e2655...