[3][4][5]Wabak COVID-19 (
Cina:
2019冠狀病毒病疫情;
Jawi:
وابق چوۏيد-19), yang sebelumnya sebagai dipanggil
2019-nCov dan
koronavirus baru, berpunca dari
SARS-CoV-2 yang pada mulanya dikesan di pertengahan Disember 2019 di bandaraya
Wuhan di tengah
China, dengan kelompok orang tempatan yang muncul dengan penderitaan radang paru-paru tanpa sebab yang jelas,
[30] yang dikaitkan terutamanya kepada pekerja yang bekerja di
Pasar Borong Makanan Laut Huanan, yang juga menjual haiwan-haiwan hidup. Para saintis China kemudiannya mengasingkan keluarga
koronavirus baru ini. Memberikan pertunjuk awal yang nCov-2019 memiliki sekurang-kurangnya 70 peratus keserupaan dalam
susunan genom kepada
SARS-CoV. Dengan perkembangan
ujian PCR diagnostik tertentu untuk mengesan jangkitan, beberapa kes telah disahkan pada orang yang secara langsung dikaitkan dengan pasar Huanan dan mereka yang tidak berkaitan secara langsung dengannya. Sama ada virus ini mempunyai kemudaratan atau kerosakkan yang sama seperti
SARS masih lagi tidak jelas.
[31][32][33][34] Tempoh inkubasi (masa dari pendedahan kepada gejala-gejala yang timbul) adalah antara 2 hingga 14 hari dan ia masih menular pada waktu ini.
[35][36] Gejala termasuk
demam,
batuk dan
kesukaran bernafas dan boleh membawa maut.
[37]Sehingga 10 Februari 2020, 40,553 kes telah disahkan (6,494 serius),
[38] termasuk di setiap bahagian wilayah di wilayah China. Sebilangan besar orang mungkin dijangkiti, tetapi tidak dikesan (terutamanya kes ringan).
[39] Sehingga 9 Februari 2020, 910 kematian telah dikaitkan dengan virus ini sejak kematian pertama yang disahkan pada 9 Januari, dengan 3,322 pulih.
[40] Penularan tempatan pertama di luar China berlaku di Vietnam yang terjadi dikalangan ahli keluarga,
[41] manakala penularan antarabangsa pertama yang tidak melibatkan keluarga berlaku di Jerman pada 22 Januari.
[42] Kematian pertama di luar China berlaku di Filipina, di mana seorang lelaki dari Wuhan meninggal dunia pada 1 Februari.Pada 20 Januari 2020, Perdana Menteri China
Li Keqiang menggesa usaha tegas dan berkesan untuk mencegah dan mengawal wabak pneumonia yang disebabkan oleh koronavirus baru.
[43] Pada 24 Januari 2020, 26 kematian telah berlaku,
[44] Semua di China, dan terdapat bukti penularan dari manusia ke manusia.
[45] Ujian meluas telah mendedahkan lebih seribu kes yang disahkan, yang sebahagiannya adalah pekerja penjagaan kesihatan.
[45][46] Kes yang disahkan juga telah dilaporkan di
Thailand,
Kanada,
Korea Selatan,
Jepun,
Jerman,
Taiwan,
Macau,
Hong Kong,
Amerika Syarikat,
Perancis,
Belgium,
Mesir,
Emiriah Arab Bersatu,
India,
Itali,
Filipina,
Singapura,
Sepanyol,
Sri Lanka,
Sweden,
Vietnam,
Malaysia,
Finland,
Kemboja,
Nepal,
Rusia dan
United Kingdom.Pada 23 Januari 2020,
WHO memutuskan untuk tidak mengisytiharkan darurat wabak kesihatan awam mengenai kebimbangan antarabangsa.
[47][48] WHO sebelum ini memberi amaran bahawa wabak boleh tersebar dengan meluas
[49] dan terdapat kebimbangan mengenai penularan lebih lanjut semasa waktu puncak di China ketika
Tahun Baru Cina.
[33][50] Banyak pesta sambutan Tahun Baru Cina telah ditutup atau dibatalkan kerana kegusaran penularan wabak berkenaan, kawasan-kawasan tumpuan pelancong seperti
Kota Larangan di
Beijing, pameran kuil tradisional, dan pesta perayaan lain.
[51] Peningkatan mendadak kejadian penyakit ini menimbulkan persoalan yang berkaitan dengan asal usulnya, perdagangan hidupan liar, ketidakpastian yang mengelilingi keupayaan virus untuk menyebarkan dan menyebabkan bahaya,
[52] sama ada virus itu telah beredar lebih lama daripada yang difikirkan sebelumnya, dan kemungkinan wabak yang menjadi penyebar meluas di serata dunia. Penularan wabak ini juga menyababkan bandar Wuhan ditutup dan dikuarantinkan, serta bandar-bandar berdekatan seperti
Huanggang,
Ezhou,
Chibi,
Jingzhou, dan
Zhijiang diletakkan di bawah kuarantin dari 24 Januari.
[53] Sejak itu, pengangkutan di sekurang-kurangnya 12 bandar raya lain di wilayah Hubei juga telah dihentikan dengan cara yang sama.
[54]Pada 30 Januari, wabak ini diisytiharkan sebagai
Darurat Kesihatan Awam Keprihatinan Antarabangsa (PHEIC) oleh
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), menjelaskan bahawa keputusannya adalah berdasarkan kemungkinan kesan dari patogen jika ia tersebar ke negara-negara dengan infrastruktur penjagaan kesihatan yang lebih lemah. Ini kali keenam langkah itu telah diambil sejak pandemik
H1N1 pada 2009.
[55][56][57][58] Xenofobia dan perkauman terhadap orang-orang keturunan Cina dan Asia Timur telah timbul akibat daripada wabak, dengan rasa takut dan permusuhan berlaku di beberapa negara.
[59][60][61][62] Maklumat salah juga tersebar terutamanya dalam talian mengenai koronavirus telah membawa WHO untuk mengisytiharkan "infodemik" pada 2 Februari.
[63]