Pasar_Borong_Makanan_Laut_Huanan

Pasar Borong Makanan Laut Huanan (Bahasa Cina; 武汉华南海鲜批发市场 Jawi: ڤاسر بوروڠ ماكنن لاوت ووهن)[1][2] adalah pasar makanan haiwan dan laut yang terletak di Daerah Jianghan, Wuhan, wilayah Hubei, China. Pasar ini mendapat perhatian media selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia diberitahu pada 31 Disember 2019 mengenai sejenis wabak radang paru-paru di Wuhan. Dari awal permulaan kepada wabak jangkitan ini, seramai 41 orang yang dimasukkan ke hospital dengan kes berkaitan radang paru-paru, yang kemudian telah dikenalpasti sebagai mempunyai jangkitan nCov-2019 yang disahkan oleh makmal pada 2 Januari 2020, dua pertiga telah terdedah kepada pasar Huanan. Pasar ini sebelum itu ditutup pada 1 Januari 2020.[3][4][5][6] 33 daripada 585 spesimen haiwan diambil dari pasar ini menunjukkan bukti virus 2019-nCoV.[7]