Waktu_Bumi

Waktu Bumi (Bahasa Inggeris: Terrestrial Time, Bahasa Perancis: Temps terrestre, TT) merupakan piawaian waktu astronomi moden yang ditakrifkan oleh Kesatuan Astronomi Antarabangsa, khususnya untuk menyukat masa pencerapan astronomi dari permukaan bumi.[1]Misalnya, Astronomical Almanac menggunakan TT untuk melakar jadual kedudukan (efemeris) Matahari, Bulan dan cakerawala-cakerawala seperti yang dilihat dari Bumi. Dalam peranan ini, TT menyinambungi Waktu Dinamik Bumi (TDT)[2] yang terdahulu mengganti waktu efemeris (ET). TT berkongsi tujuan asal dengan perekaan ET agar bebas dari ketidaksekataan waktu suria min.Unit TT masa kini merupakan saat SI yang ditakrifkan berasaskan jam atom sesium,[3] tetapi TT sendri tidak ditentukan oleh jam atom, sebaliknya merupakan gagasan teori yang hanya boleh dianggarkan oleh jam biasa.TT berbeza dengan skala waktu yang sering digunakan sebagai asas untuk kegunaan awam, iaitu Waktu Semesta Berkoordinat (UTC). TT secara tidak langsung mendasari UTC melalui Waktu Atom Antarabangsa (TAI).