Waktu_Dinamik_Baripusat

Waktu Dinamik Baripusat (TDB, Bahasa Perancis: Temps dynamique barycentrique) merupakan skala waktu koordinat kerelatifan yang ditujukan untuk kegunaan astronomi sebagai piawaian waktu untuk mengambil kira dilasi masa[1] dalam mengira orbit dan efemeris astronomi bagi planet, asteroid, komet dan kapal angkasa antara planet dalam Sistem Suria. Mulai 2006, TDB kini ditakrifkan sebagai satu penskalaan linear bagi Waktu Koordinat Baripusat (TCB), dan satu ciri yang membezakan TDB dengan TCB adalah apabila diperhatikan dari permukaan Bumi, TDB mempunyai perbezaan dari Waktu Bumi yang lebih kurang sekecil yang boleh diaturkan dengan takrifkan yang konsisten: perbezaan itu rata-rata berkala,[2] dan keseluruahnnya akan kekal dalam 2 milisaat ke bawah buat beribu-ribu tahun.[3]TDB digunakan dalam rangka rujukan baripusat Sistem Suria dan mula-mula ditakrifkan pada tahun 1976 sebagai pengganti untuk piawaian lampau yang tidak kerelatifan iaitu waktu efemeris (yang diterima guna oleh Kesatuan Astronomi Antarabangsa pada tahun 1952). Pada tahun 2006, setelah melalui sejarah yang penuh dengan berbagai-bagai takrifan skala masa serta kecaman sejak 1970-an,[4] IAU meluluskan pentakrifan semula TDB. Menurut pentakrifan semula 2006, TDB kini boleh dianggap sebagai bersamaan dengan equivalent to the long-established JPL ephemeris time argument Teph untuk tujuan astronomi amali seperti yang terlaksana dalam JPL Development Ephemeris DE405[5] (yang digunakan sebagai asas rasmi untuk efemeris planet dan bulan dalam Astronomical Almanac, edisi tahun-tahun 2003 dan berikutnya).[6]