Walnut
Walnut

Walnut

Lihat teksWalnut (genus Juglans) ialah tumbuhan dalam keluarga Juglandaceae. Ia adalah pokok berdaun luruh, 10–40 meter tinggi (lebih kurang 30–130 kaki), dengan daun pinat 200–900 milimeter panjang (7–35 inci), dengan 5–25 anak daun; tunasnya mempunyai empulur yang berkebuk, ciri yang sama dikongsinya dengan wingnut tetapi bukan dengan pokok hikori dari keluarga yang sama.21 spesies dalam keluarga tersebut menganjur merentasi kawasan utara Dunia Lama beriklim sederhana dari tenggara Eropah menghala timur ke Jepun, dan lebih meluas di Dunia Baru dari tenggara Kanada menghala barat ke California dan selatan ke Argentina. Nama Latin, Juglans, berasal daripada Jupiter glans, "Jupiter's acorn": secara kiasannya, kacang selayaknya untuk dewa.Perkataan walnut berasal dari Bahasa Inggeris Lama wealhhnutu, bermaksud "kacang asing", wealh bermaksud "asing" (wealh serupa dengan istilah Welsh dan Vlach; lihat *Walha dan Sejarah istilah Vlach).[1] Walnut digelar sedemikian kerana ia diperkenalkan daripada Gaul dan Itali. Nama Latin untuk walnut adalah nux Gallica, kacang "Gallic".[1]