Wan_Martina_Wan_Yusoff

Wan Martina binti Wan Yusoff ialah seorang pengamal perubatan Malaysia dan ahli politik dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau dipilih sebagai Senator oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 24 Ogos 2021 setelah dicalonkan oleh Menteri Besar Ahmad Yakob.[1][2] Beliau menggantikan Asmak Husin yang tugasnya telah berakhir pada 30 Jun 2021.[1][2]Di lapangan kemasyarakatan, beliau merupakan Pengerusi Persatuan Wanita Sejahtera Kelantan (Wanis), dan Timbalan Pengerusi Persatuan Misi Kembara Dakwah (MKD).[1][2] Dalam parti politik, beliau merupakan Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Bachok.

Wan_Martina_Wan_Yusoff

Lahir (1966-11-09) 9 November 1966 (umurĀ 54)
Kelantan
Pekerjaan Ahli politik, pengamal perubatan
Didahului oleh Asmak Husin
Alma mater Universiti Malaya
Pasangan Haji Zaira Azlan Zainudin
Kewarganegaraan Malaysia
Profesion Doktor
Parti politik PAS