Politik Wan_Mohamed_bin_Wan_Teh

Sewaktu usianya 17 tahun, beliau telah menyertai perhimpunan orang-orang Melayu menentang Malayan Union di Kuala Kangsar. Beliau mula menyertai UMNO pada 1951 dan mendaftarkan diri sebagai ahli UMNO Cawangan Kuala Kangsar.

Ketokohan beliau terserlah apabila beliau terpilih untuk menjadi calon UMNO dalam Pilihan raya umum Malaysia 1969 bagi kawasan DUN Grik. Ketokohannya terbukti apabila beliau memenangi kerusi kawasan tersebut dan terpilih menjadi Ahli Dewangan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Grik. Dalam Pilihan raya umum Malaysia 1974 beliau telah memenangi kerusi tanpa bertanding kerana tiada siapa yang sanggup bertanding untuk menentangnya. Akhirnya beliau telah dilantik sebagai EXCO Kerajaan Negeri Perak. Tanggal 1 Oktober 1977 beliau dilantik mejadi Menteri Besar Perak ke-6 secara rasmi. Beliau adalah calon pilihan atau calon yang dicadangkan oleh Ghazali Jawi. Oleh itu, banyak keputusan awal sebagai Menteri Besar, dipengaruhi oleh Ghazali Jawi. [1]