We_Can_Do_It!
We_Can_Do_It!

We_Can_Do_It!

We Can Do It! (Bahasa Melayu: Kita Boleh Lakukannya!; Tulisan Jawi: كيت بوليه لاكوكنڽ!) merupakan sebuah poster propaganda waktu perang Amerika yang diterbitkan oleh J. Howard Miller pada 1943 untuk Westinghouse Electric sebagai sebuah gambar ilham untuk meningkatkan semangat pekerja.Poster tersebut jarang dilihat ketika Perang Dunia II. Ia ditemui semula pada awal 1980-an dan kemudiannya diterbitkan semula dalam pelbagai bentuk, yang bukan sahaja disebut "We Can Do It!" tetapi juga disebut sebagai "Rosie the Riveter", sempena nama daripada tokoh ikonik seorang pekerja pengeluaran perang wanita yang kuat. Gambar "We Can Do It!" digunakan untuk mempromosikan feminisme dan masalah politik lain ketika permulaan 1980-an.[1] Imej tersebut dijadikan kulit majalah Smithsonian pada 1994 dan dibentuk menjadi setem surat kelas pertama Amerika Syarikat pada 1999. Ia juga disertakan dalam bahan-bahan kempen untuk beberapa ahli politik Amerika pada 2008, dan turut diolah semula oleh seorang pelukis untuk meraikan wanita yang pertama menjadi Perdana Menteri Australia pada 2010. Poster tersebut merupakan salah satu daripada sepuluh gambar yang paling banyak diminta di Pentadbiran Arkib dan Rekod Kebangsaan.[1]Selepas ditemui semula, para pemerhati sering kali beranggapan bahawa imej tersebut sentiasa digunakan sebagai panggilan untuk memberi ilham kepada para pekerja wanita untuk turut serta dalam peperangan. Walau bagaimanapun, pada waktu peperangan, gambar tersebut digunakan oleh Westinghouse sahaja dan hanya disimpan pada Februari 1943. Ia tidak digunakan untuk merekrut tetapi untuk mengajak wanita supaya bekerja dengan lebih keras.[2] Penyokong gerakan kewanitaan dan golongan lain meningkatkan sikap dan menampilkan mesej tersebut dengan mengubah semula imej tersebut dalam pelbagai bentuk yang berbeza, di mana ia meliputi pemerkasaan diri, promosi kempen, pengiklanan, dan parodi.Selepas beliau melihat gambar kulit Smithsonian pada tahun 1994, Geraldine Hoff Doyle berkata bahawa dia adalah subjek bagi poster tersebut. Doyle menyangka bahawa dia telah diabadikan dalam sebuah gambar masa perang daripada seorang pekerja kilang wanita, dan dia secara tidak bersalah beranggapan bahawa gambar tersebut memberi inspirasi kepada poster Miller. Menganggapnya sebagai "Rosie the Riveter", Doyle dihargai oleh beberapa pertubuhan termasuk Pusat Sejarah dan Dewan Kemasyhuran Wanita Michigan. Namun, pada 2015, wanita dalam gambar waktu perang tersebut dikenal pasti sebagai Naomi Parket ketika berusia 20 tahun, yang bekerja pada awal 1942 sebelum Doyle menamatkan pelajaran di sekolah tinggi. Kenyataan Doyle bahawa fotonya memberi inspirasi kepada poster tidak dapat dibuktikan atau disangkal, jadi Doyle dan kemudian Parker, tidak dapat disahkan sebagai model untuk "We Can Do It!"

Rujukan

WikiPedia: We_Can_Do_It! http://www.anothermag.com/current/view/348/Austral... http://www.artofthetitle.com/title/captain-america... http://www.corbisimages.com/stock-photo/rights-man... http://indianapolis-indiana.funcityfinder.com/2011... http://books.google.com/books?id=F5wukQLkavoC&pg=P... http://books.google.com/books?id=KlxHgYqgDswC&pg=P... http://books.google.com/books?id=YjbR9EXABPEC&pg=P... http://books.google.com/books?id=cZvvAAAAMAAJ http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cac... http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cac...