Legasi We_Can_Do_It!

Pada hari ini, imej tersebut menjadi sangat terkenal, menjangkau daripada tujuan asalnya ketika Perang Dunia II. Imej itu menghiasi pada pelbagai produk seperti baju-T, tatu, cawan kopi dan magnet peti sejuk—Washington Post mengatakan bahawa ia adalah "cenderamata paling terdedah" yang terdapat di Washington, D.C.[1] Ia digunakan pada 2008 oleh beberapa tukang kempen tempatan yang bekerja untuk memilihi Sarah Palin, Ron Paul dan Hillary Clinton.[9] Michelle Obama juga telah ditampilkan ke dalam imej itu oleh beberapa orang hadirin yang menghadiri pertemuan Rally to Restore Sanity and/or Fear 2010.[10] Imej tersebut telah diguna pakai oleh syarikat-syarikat seperti Clorox yang menggunakannya sebagai iklan untuk pembersih rumah, dengan memaparkan wanita yang memakai cincin kahwin di tangan kirinya.[29] Parodi-parodi daripada imej tersebut seperti wanita terkenal, lelaki, haiwan dan watak-watak cerekaan. Patung kepala goyang dan mainan patung aksi turut dihasilkan.[1] Muzium Kanak-kanak Indianapolis menunjukkan satu replika setinggi 4 oleh 5 kaki (1.2 oleh 1.5 m) yang dibuat oleh pelukis Kristen Cumings daripada gula-gula Jelly Belly.[30][31]

Selepas Julia Gillard menjadi wanita pertama terpilih sebagai Perdana Menteri Australia pada Jun 2010, seorang pelukis jalanan dari Melbourne yang dikenali sebagai "Phoenix" sahaja, menampal wajah Gillard pada versi monokrom poster "We Can Do It!".[32] Majalah AnOther telah menerbitkan satu gambar bagi poster yang diambil di Hosier Lane, Melbourne pada Julai 2010, menunjukkan tanda "Jawatankuasa Penyelaras Pengeluaran Perang" di kanan bawah telah digantikan dengan URL yang menunjuk kepada strim foto Flickr Phoenix.[33][34][35] Pada Mac 2011, Phoenix menghasilkan satu versi berwarna yang menyatakan "She Did It!" (Dia Telah Lakukannya) di kanan bawah,[36] kemudian pada Januari 2012, dia meletakkan frasa "Too Sad" (Terlalu Sedih) secara pepenjuru merentasi poster untuk mewakili kekecewaannya dengan perkembangan siasah di Australia.[37]

Majalah Utne Reader meneruskan jadual untuk imej kulit majalah bagi edisi Januari–Februari 2011 iaitu mengenai satu parodi "We Can Do It!" yang menampilkan Marge Simpson, satu watak dari rancangan animasi The Simpsons mengangkat tangan kanannya sambil membuat genggaman.[38] Penyunting majalah itu meluahkan rasa kesal di atas kepergian bekas pekerja perang, Geraldine Doyle pada Disember 2010, yang merupakan "suatu inspirasi yang mungkin untuk watak Rosie".[39]

Satu imej stereoskopi (3D) "We Can Do It!" telah direka untuk kredit penutupan filem adiwira tahun 2011, Captain America: The First Avenger (Kapten Amerika: Pendendam Pertama). Imej itu dijadikan sebagai latar belakang untuk kad judul pelakon wanita Inggeris, Hayley Atwell.[40]

Ad Council mendakwa poster yang dihasilkan pada 1942 oleh pendahulunya, Jawatankuasa Pengiklanan Perang, sebagai sebahagian daripada kempen "Women in War Jobs" (Wanita dalam Pekerjaan Perang), membantu membawa "lebih dua juta wanita" ke dalam bidang pengeluaran perang.[41][42][43] Pada Februari 2012 ketika sambutan ulang tahun ke-70 Ad Council, satu aplikasi interaktif yang dibangunkan oleh agensi digital HelpsGood Animax telah dipautkan ke laman Facebook Ad Council. Aplikasi platform Facebook itu dipanggil sebagai "Rosify Yourself", merujuk kepada Rosie the Riveter; membenarkan penonton memuat naik gambar wajah mereka untuk dimasukkan ke dalam poster "We Can Do It!" dan kemudiannya disimpan untuk dikongsikan kepada rakan-rakan.[44] Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Ad Council, Peggy Conlon mengirimkan wajahnya yang telah dimuat naik di aplikasi tersebut ke Huffington Post dalam satu rencana yang telah ditulis oleh beliau tentang sejarah 70 tahun organisasi itu.[43] Kakitangan rancangan televisyen Today mengirimkan dua gambar yang telah "diRosify" ke dalam laman sesawang mereka, menggunakan wajah pembaca berita Matt Lauer dan Ann Curry.[45] Bagaimanapun, profesor dari Universiti Seton Hall, James J. Kimble dan profesor dari Universiti Pittsburgh, Lester C. Olson mengkaji asal-usul poster itu dan menyatakan bahawa ia tidak dihasilkan oleh Ad Council atau digunakan untuk merekrut pekerja wanita.[1]

Rujukan

WikiPedia: We_Can_Do_It! http://www.anothermag.com/current/view/348/Austral... http://www.artofthetitle.com/title/captain-america... http://www.corbisimages.com/stock-photo/rights-man... http://indianapolis-indiana.funcityfinder.com/2011... http://books.google.com/books?id=F5wukQLkavoC&pg=P... http://books.google.com/books?id=KlxHgYqgDswC&pg=P... http://books.google.com/books?id=YjbR9EXABPEC&pg=P... http://books.google.com/books?id=cZvvAAAAMAAJ http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cac... http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cac...