Wi-Fi
Wi-Fi

Wi-Fi

Wi-Fi (juga dikenali sebagai WiFi) merupakan piawai untuk rangkaian kawasan setempat tanpa wayar menerusi WLAN iaitu Wireless Local Area Network. Wi-Fi membenarkan alat elektronik untuk bertukar data atau bersambung ke internet dengan menggunakan gelombang radio 2.4 GHz UHF dan 5 GHz SHF. Nama Wi-Fi sering dianggap sebagai singkatan wireless fidelity, tetapi sebenarnya merupakan tanda dagangan dan digunakan dengan terma audiophile Hi-Fi. Wi-Fi Alliance mentakrifkan Wi-Fi sebagai mana-mana produk WLAN yang berdasarkan piawaian 802.11 Institut Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.[1]jamal buat apa tu Produk yang berdaftar boleh menggunakan logo rasmi Wi-Fi yang juga bermakna produk tersebut boleh beroperasi dengan mana mana produk yang mempunyai logo yang sama. Logonya sendiri diciptakan oleh Interbrand Corporation dengan gaya yin yang. Interbrand memiliki hubungan kerja sama dengan Wi-Fi Alliance.Kelebihan Wi-Fi ialah ia berasaskan piawaian IEEE 802.11, manakala jarak capaian juga jauh iaitu antara 75 hingga 125 meter.