Wikimedia_Foundation

Wikimedia Foundation Inc. (Yayasan Wikimedia) ialah pertubuhan induk untuk Wikipedia, Wiktionary, Wikiquote, Wikibooks (termasuknya Wikijunior dan Wikiversity), Wikisource, In Memoriam 9/11, Wikimedia Commons, Wikispecies, dan Wikinews. Ia merupakan perbadanan bukan untung yang diasaskan di St. Petersburg, Florida, Amerika Syarikat, dan ditubuhkan di bawah undang-undang Florida. Kewujudannya diumumkan secara rasmi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Wikia dan pengasas Wikipedia, Jimmy Wales, pada 20 Jun 2003. Kelulusannya sebagai yayasan pendidikan di bawah kategori "Dewasa, Pendidikan Lanjutan" oleh Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri Amerika Syarikat melalui surat April 2005 bermakna kesemua sumbangan kewangan kepada Wikimedia Foundation boleh dipotong daripada cukai pendapatan persekutuan Amerika Syarikat.

Wikimedia_Foundation

Pekerja 21 orang (pada Ogos 2008)[3]
Bidang Wikipedia, Wiktionary, Wikiquote, Wikibooks (termasuk Wikijunior), Wikisource, Wikimedia Commons, Wikispecies, Wikinews, Wikiversity, Wikimedia Incubator dan MetaWiki
Fokus Kandungan Terbuka, wiki- berasaskan projek internet
Ibu pejabat San Francisco, California
 Amerika Syarikat
Kawasan berkhidmat Sedunia
Laman sesawang wikimediafoundation.org
Orang penting Michael Snow, Pengerusi Lembaga
Jimmy Wales, Pengerusi Emeritus[1]
Sue Gardner, Pengarah Eksekutif
Hasil $2,734,909 (2007)[2]
Jenis Perbadanan bukan untung