Windows_Live_Movie_Maker
Windows_Live_Movie_Maker

Windows_Live_Movie_Maker

Windows Live Movie Maker (nama kod Sundance) merupakan perisian suntingan video yang menjadi sebahagian daripada inisiatif Microsoft Windows Live. Ia bertujuan untuk menggantikan Windows Movie Maker yang disertakan dalam Windows Vista. Windows Live Movie Maker tidak serasi dengan versi Microsoft Windows sebelum Windows Vista.[1]Windows Live Movie Maker merupakan penulisan semula aplikasi Windows Movie Maker. Dengan menumpukan kepada keperluan umum pengguna, reka bentuk yang dipermudahkan ini termasuklah pembuangan sebahagian besar ciri yang dianggap tidak penting kepada pengguna umum.[2] Program ini termasuklah antaramuka reben.Windows Live Movie Maker membenarkan pengguna menerbitkan video ke Windows Live SkyDrive, Facebook, YouTube, dan Flickr, di samping mencipta video HD. Walau bagaimanapun, ia menerima kritikan kerana pembuangan sebahagian besar ciri daripada versi terdahulu, terutamanya garisan masa.[3]