Pendidikan Wuhan

Wuhan berada dalam tempat ketiga dalam kalangan bandar-bandar China berkenaan dengan perkembangan bidang sains dan teknologi.[23] Setakat 2017, terdapat 1,391 buah tadika dengan 302 ribu orang kanak-kanak berdaftar, 968 buah sekolah demgan jumlah pelajar sebanyak kira-kira 851 ribu orang, 105 buah sekolah teknik dan 84 buah institut pengajian tinggi dengan kira-kira 1.075 juta orang pelajar. Selain itu, terdapat beberapa buah sekolah antarabangsa di Wuhan.[24]

Universiti-universiti utama Wuhan termasuklah Universiti Sains dan Teknologi Huazhong (HUST) dan Universiti Wuhan; kedua-dua universiti menerima galakan daripada Projek 985, suatu galakan oleh kerajaan China bagi mendorong kemajuan institut pengajian tinggi China. HUST mengendalikan salah satu makmal kebangsaan China.