Pengangkutan Wuhan

Kereta api

Wuhan memiliki tiga buah stesen kereta api utama, iaitu stesen kereta api Hankou, Wuchang dan Wuhan. Wuhan juga mempunyai stesen kereta api Wuhan Utara bagi tujuan kereta api kargo serta kawasan susun atur kereta api. Stesen ini memiliki 112 batang landasan.

Pandangan udara Lapangan Terbang Antarabangsa Wuhan Tianhe.

Udara

Pengangkutan udara Wuhan dikawal oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Wuhan Tianhe yang dibuka pada April 1995 bagi menggantikan lapangan-lapangan terbang Hankou Wangjiadun dan Nanhu.[20][21] Selain itu, terdapat juga Lapangan Terbang Perbandaran Hannan, lapangan terbang terbesar China yang hanya menyeliakan penerbangan awam. Kini, sebuah lagi lapangan terbang, Lapangan Terbang Perbandaran Caidian, sedang dibina sejak Disember 2017.[22]