X-SAMPA

X-SAMPA (Bahasa Inggeris: Extended Speech Assessment Methods Phonetic Alphabet) ialah sebuah bentuk kelainan SAMPA yang dikembangkan oleg John C. Wells, seorang profesor fonetik di Universiti London, pada tahun 1995, untuk menyatukan abjad-abjad SAMPA bahasa individu, serta memperluaskan SAMPA untuk meliputi seluruh Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA), maka terhasilnya penyusunan semula IPA kepada ASCII 7-bit berasaskan SAMPA.SAMPA direka sebagai cara mengatasi ketidakmampuan pengekodan teks untuk memaparkan aksara IPA. Bagaimanapun, setelah Unicode mengembangkan sokongan untuk aksara IPA, maka semakin pudarnya keperluan menggunakan sistem terbaca komputer berasingan bagi memaparkan IPA dalam ASCII. Sungguhpun demikian, X-SAMPA masih berguna sebagai asas kepada kaedah input untuk IPA sebenar.