Sejarah X

Gabungan konsonan /ks/ mula-mulanya, dalam bahasa Yunani purba, ditulis sama ada sebagai Chi Χ (loghat Barat) atau Xi Ξ (loghat Timur). Akhirnya, Chi dipiawaikan untuk bunyi /kʰ/ (/x/ dalam bahasa Greek moden), sementara Xi dipiawaikan untuk bunyi /ks/. Bagaimanapun, orang Etruscan telah mengambil alih Χ dari loghat Greek Barat purba; maka, X mewakili bunyi /ks/ dalam bahasa Etruscan dan Latin.

Adalah tidak diketahui sama ada huruf-huruf Chi dan Xi merupakan ciptaan orang Greek, ataupun berasal dari bahasa Semitik. Chi diletak hampir pada akhir susunan huruf Greek, selepas huruf-huruf asalan Semitik, bersama dengan Phi, Psi, dan Omega, dengan ide bahawa huruf-huruf itu merupakan inovasi; lebih-lebih lagi, tidak terdapat mana-mana huruf yang mewakili bunyi /ks/ secara terperinci dalam bahasa Semitik. Terdapat satu huruf Phoenicia kheth yang barangkalinya berbunyi /ħ/, agak serupa dengan /kʰ/, tetapi ini diterima dalam huruf Greek mual-mulaya sebagai konsonan /h/, dan kemudiannya, bunyi vokal panjang Eta (Η,η), maka huruf itu tidak kelihatan menjadi asalan huruf Chi. Huruf Phoenicia Samekh (mewakili /s/) sering dianggap sebagai ilham bagi Xi, namun seperti yang diterangkan, Chi mempunyai bentuk yang berbeza dari Xi — meskipun huruf itu mungkin merupakan variasi lain yang juga berasal daripada samekh. Bentuk asal samekh barangkali merupakan have hieroglif Mesir bagi kolum Djed, namun ini juga tidak pasti kerana tiadanya bentuk Proto-Sinaitik bagi huruf ini yang dikenal pasti serupa dengannya.

Hieroglif Mesir "tiang"S PhoeniciaXi GreekChi GreekX Etruscan