Xanthona

Xanthona ialah sejenis sebatian organik dengan formula molekul C13H8O2. Ia boleh disediakan dengan memanaskan fenil salisilat.[2] Pada tahun 1939, xanthona telah diperkenalkan sebagai suatu racun serangga dan pada masakini ia didapati boleh digunakan sebagai racun bagi telur-telur anak rama-rama dan sebagai suatu racun larva.[3] Xanthona juga digunakan di dalam penyediaan xanthydrol, yang digunakan untuk menilai urea di dalam darah.Xanthona merupakan sejenis super-antioksida yang mujarab, ia berkesan terhadap pengkulturan tisu barah misalnya: barah buah dada, barah paru-paru, barah perut dan sejenis leukemia.[perlu rujukan] Menurut kajian dari pakar penyelidik J. Frederick Templeman, (M.D), Xanthona mempunyai kesan positif terhadap keseluruhan sistem badan.[perlu rujukan] Kini kajian saintifik telah menemukan bahawa terdapat lebih 200 jenis super-antioksida Xanthone di alam semula jadi.[perlu rujukan]