Yang_Tercinta_(Album_Mawi)
Yang_Tercinta_(Album_Mawi)

Yang_Tercinta_(Album_Mawi)

Yang Tercinta adalah album studio pertama rakaman oleh juara Akademi Fantasia Musim 3, Mawi. Album ini diterbitkan pada 18 November 2005, iaitu selang tiga bulan selepas kemenangannya dalam program realiti popular tersebut. Meskipun tempoh pembikinan album ini sangat singkat namun M.Nasir mengatakan bahawa album ini bukan album tangkap muat sebaliknya album ini mudah dihasilkan oleh pihaknya disebabkan Mawi juga mempunyai aliran muzik yang sama dengannya iaitu nusantara dan world music dan itu memudahkannya untuk mencurahkan konsep idea dalam menghasilkan album sulung juara AF3 ini.[1]

Yang_Tercinta_(Album_Mawi)

Dikeluarkan pada 18 November 2005 (2005-11-18)
Penerbit Freddie Fernandez
Mohd Firhat Amat
M. Nasir
Ajai
Fauzi Marzuki
Yasin
Dirakam pada Ogos-Oktober 2005
Genre Pop Nusantara,
World Music
Syarikat Maestro Records