Yasuo_Fukuda
Yasuo_Fukuda

Yasuo_Fukuda

Yasuo Fukuda (Bahasa Jepun: 福田 康夫, Fukuda Yasuo) lahir pada 16 Julai 1936 , merupakan ahli politik Jepun. Beliau adalah presiden Parti Demokratik Liberal (LDP) setelah terpilih pada 23 September 2007 , menggantikan Shinzo Abe. Parti LDP menang majoriti di Dewan Perwakilan di mana Fukuda terpilih sebagai Perdana Menteri Jepun ke-91 pada 25 September 2007.Pada 1 September 2008, Fukuda mengumumkan perletakan jawatannya, maka diadakan satu sidang pemilihan kepimpinan.[1]Fukuda adalah yang paling lama berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kabinet dalam sejarah Jepun, 1289 hari di bawah Perdana Menteri Yoshiro Mori dan Junichiro Koizumi.[2] Beliau adalah anak bekas Perdana Menteri Jepun (Takeo Fukuda) pertama yang menyandang jawatan ini.