Yoga
Yoga

Yoga

Yoga (Bahasa Sanskrit: योग, IAST: yóga, IPA: [joːgə]) merupakan disiplin-disiplin fizikal dan mental tradisional yang berasal dari India; matlamat yang dicapai disiplin-disiplin ini; dan salah satu dari enam fahaman ortodoks (āstika) dalam falsafah Hindu.[1]Cabang-cabang yoga utama termasuk Raja Yoga, Karma Yoga, Jnana Yoga, Bhakti Yoga, dan Hatha Yoga.[2][3][4][5] Raja Yoga yang disusun dalam Sutra Yoga Patanjali, dan dikenali sebagai yoga begitu sahaja dalam konteks falsafah Hindu, merupakan sebahagian tradisi Samkhya.[6] Banyak lagi kitab Hindu yang membincangkan aspek-aspek yoga, termasuk Veda, Upanishad, Bhagavad Gita, Hatha Yoga Pradipika, Shiva Samhita dan pelbagai Tantra.Istilah yoga dalam bahasa Sanskrit banyak maknanya seperti "menggabung", "menyatukan", "kesatuan", "gabungan"[7], atau "kaedah"[8][9][10] serta diterbit dari kata akar yuj, yang bererti "mengawal", "menyangga" atau "menyatukan".[11] Di luar India, istilah yoga sering disamakan dengan Hatha Yoga dan asananya (postur) atau bentuk senaman. Seorang pengamal Yoga dipanggil Yogi (uniseks) atau Yogini (perempuan).

Rujukan

WikiPedia: Yoga http://www.silambam.asia/yoga_asana.html http://www.cnn.com/2008/WORLD/asiapcf/11/22/malays... http://www.google.com/hostednews/ukpress/article/A... http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/11... http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=360... http://www.malaysianbar.org.my/berita/komen_undang... http://www.alarabiya.net/articles/2008/11/22/60600... http://dmoz.org/Society/Religion_and_Spirituality/... http://www.silambam.us/varmakalai_yoga.html https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Yoga?u...