Yuna_(album_Yuna)
Yuna_(album_Yuna)

Yuna_(album_Yuna)

Yuna ialah album studio ketiga oleh Yuna Zarai. Ia dilancarkan pada 24 April 2012 melalui syarikat rakaman Fader Label, single pertama yang dikeluarkan untuk album ini ialah "Live Your Life" pada 24 Januari 2012. Ia merupakan album penuh pertamanya yang dikeluarkan di Amerika Syarikat, album ini menggunakan khidmat penerbitan dari Pharrell Williams.[3] Ia juga menarik dari genre seperti pop rock, alternatif dewasa dan rock indie. Ia terutamanya menerima maklum balas positif selepas dikeluarkan.[2][4] Ia menduduki nombor 19 di carta Heatseekers Album.[5]