Yunani
Yunani

Yunani

Yunani [yu-na-ni] (Bahasa Inggeris: Greece [ˈɡriːs, gris]; nama rasminya Republik Yunani - Bahasa Yunani: Ελληνική Δημοκρατία, Ellīnikī́ Dīmokratía, [e̞liniˈkʲi ðimokraˈti.a]),[7] ialah sebuah negara di tenggara Eropah dan terletak di hujung semenanjung Balkan. Negara ini bersempadankan Bulgaria, Makedonia Utara dan Albania di utara, Turki dan Laut Aegia di timur, dan Laut Mediterranean dan Ionia di selatan dan barat masing-masing. Dikenali sebagai asal usul ketamadunan Barat, Yunani mempunyai sejarah yang kaya dan tersebar di tiga benua.Pesisir pantai Yunani adalah ke-12 terpanjang didunia iaitu 13,676 kilometer. Gunung Olympus ialah gunung tertinggi di Yunani dengan ketinggian 2,917 meter. Kira-kira 80% daripada permukaan tanah Yunani adalah terdiri dari gunung-ganang.Negara Yunani moden mula ditubuhkan pada tahun 1830, yakni pasca Perang Kemerdekaan Yunani. Yunani merupakan ahli Kesatuan Eropah (EU) sejak 1981. Sebelumnya telah menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) pada tahun 1952. Terbaru, Yunani merupakan ahli dalam Agensi Angkasa Eropah (ESA) sejak tahun 2005. Kota Athens merupakan ibu negara dan bandaraya terbesar di Yunani.Banci tahun 2010, menganggarkan Yunani mempunyai populasi penduduk seramai 11,305,118 orang. Negara ini mempunyai keluasan 131,990 kilometer persegi. (Kosmo, 4 November 2011, halaman 23).

Yunani

• Yunani Purba 3000 SM
• Presiden Prokopis Pavlopoulos
HDI (2015) 0.866[6]
sangat tinggi · ke-29
KDNK (nominal) Anggaran 2018 
• Diiktiraf 1832
• Musim panas (DST) UTC+3 (WEST)
Zon masa UTC+2 (WET3)
Mata wang Euro (€)2 (EUR)
KDNK (PPP) Anggaran 2018 
• Bancian 2001 10,964,020
Bahasa rasmi Bahasa Yunani
• Perdana Menteri Kyriakos Mitsotakis
• Total $313.400 bilion[2] (ke-57)
• Per kapita $20,570[5] (ke-38)
• Jumlah $221.570 bilion[4] (ke-52)
Ibu kota Athens
Internet TLD .gr
• Air (%) 0.8669
• Presiden Parlimen Konstantinos Tasoulas
Pemerintahan Republik berparlimen
• Anggaran 2009 11,257,285 (ke-73)
Kod panggilan 30
• Kemerdekaan daripada Turki Uthmaniyyah 28 Mac 1821