Yusef_Ahmed

† Kemunculan (Gol).
Yusef Ahmed Ali (Bahasa Arab: يوسف أحمد‎; lahir 14 Oktober 1988) adalah seorang pemain bola sepak antarabangsa Qatar yang bermain sebagai seorang Penyerang bagi Al-Sadd. Ahmed telah dilahirkan di Arab Saudi.[1] Beliau bermula bermain di jalanan Jeddah, tetapi akhirnya meninggalkan Arab Saudi disebabkan oleh kurangnya kemungkinan untuk mendapatkan warganegara. Kemudian beliau berpindah ke Qatar dan bermain dengan pasukan remaja Al-Sadd sebelum memperolehi warganegara Qatar.[2] Beliau dikenali kerana kelajuan dan kepantasannya, menyebabkan beliau digelar sebagai "Lelaki terpantas di Asia".[3][4][5]