Yusof_Haslam
Yusof_Haslam

Yusof_Haslam

(ACP) Datuk Dr. Mohd Yusof bin Md. Haslam Khan PJN, AMN (lahir 24 April 1954)[1] merupakan seorang pelakon, pengarah dan penerbit filem Malaysia.[2] Beliau juga memegang jawatan sebagai pengarah urusan syarikat penerbitan televisyen dan filem miliknya Skop Productions yang ditubuhkan pada 1985.[3]Memulakan kerjaya profesionalnya pada 1970, beliau memegang watak tambahan sebagai Pegawai Menteri Fasola dalam Laksamana Do Re Mi (1973) bersama Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Sepanjang kerjayanya, Datuk Yusof telah berlakon sebanyak 31 filem dan mengarahkan 13 filem cereka yang kesemuanya merupakan kejayaan komersial. Beliau menduduki kerusi pengarah pada 1991 menerusi filem pertamanya Bayangan Maut dan mengarahkan beberapa filem lagi termasuk Pemburu Bayang (1993), Sembilu (1994) dan Maria Mariana (1996) sehingga beliau bersara dari kerusi pengarah pada 2005.[4] Sebagai penerbit, beliau telah menerbitkan 40 filem dan beberapa siri TV termasuk PJ, Remang-Remang Kota Raya, Roda-Roda Kota Raya, dan Gerak Khas.[5] Kini, perjuangan beliau dalam bidang perfileman diteruskan oleh dua anak beliau, Syamsul[6] dan Syafiq.[7]Selain kerjaya beliau sebagai penerbit filem, drama, penulis skrip dan pelakon, Datuk Yusof juga adalah Pengarah Urusan di Skop Productions, dimana anak-anak syarikatnya terdiri dari Haslam Trading (restoran), Haslam Properties (hartanah), Skop Publishing (novel dan buku) dan ME Communication (pos-produksi dan penerbitan drama serta filem).

Yusof_Haslam

Pekerjaan Pelakon, pengarah, penerbit, Pengarah Urusan Skop Productions
Ibu bapa
  • Md. Haslam Khan (bapa)
  • Bahyah Talib (ibu)
Pasangan Datin Fatimah Ismail (k. 1982)
Raja Noor Saadah Salehuddin (k. 1978; c. 1980)
Tahun aktif 1970–kini
Anak Faizal Yusof
Syamsul Yusof
Syafiq Yusof
Nursyamin Yusof
Majikan Merdeka Film Productions
Jins Shamsuddin Productions
Sabah Film Productions
Indra Filem Productions & Distributions Sdn. Bhd.
Syed Kechik Film Productions
Cinematic Sdn. Bhd.
JD Productions Sdn. Bhd.
Skop Productions Sdn. Bhd.
Adek Filem Productions
Nama lain DYH (singkatan kepada Datuk Yusof Haslam)
Kelahiran Mohd Yusof bin Md. Haslam Khan
(1954-04-24) 24 April 1954 (umur 65)
Jalan Pahang, Kuala Lumpur, Selangor (kini Wilayah Persekutuan), Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Kediaman • Darul Haslam, Taman Melawati, Kuala Lumpur
• Casa d'Haslam, Hulu Langat, Selangor

Rujukan

WikiPedia: Yusof_Haslam http://www.agendadaily.com/Hiburan/pengarah-filem-... http://www.astroawani.com/video-malaysia/kl-gangst... http://www.budiey.com/filem-evolusi-kl-drift-filem... http://www.defarhano.com/2011/07/biodata-datuk-yus... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.imdb.com/name/nm0368209/ http://www.malaysiandigest.com/archived/index.php/... http://www.ohbulan.com/ahmad-idham-yusof-haslam-be... http://www.theborneopost.com/2013/09/14/seven-case... http://bm.therakyatpost.com/buzz/2015/09/02/yusof-...