Kontroversi Yusof_Haslam

Pada 28 Ogos 2013, filem terbitannya, KL Gangster 2 bocor di internet secara haram, dua bulan sebelum keluaran tayangan rasminya, iaitu pada 3 Oktober 2013. Ekoran kes ini, beliau membuat laporan polis dan mengadakan satu sidang media berhubung penyebaran filem itu secara haram.[22] Beliau juga memaklumkan bahawa tayangan tersebut hanya merupakan filem awal yang belum disunting oleh Syamsul dan kualiti tayangan serta gambarnya juga sekadar 50% sahaja.[23][24][25]

Pada 17 Februari 2016, Yusof dan anaknya Syamsul dan syarikat mereka, Skop Productions telah menang dalam kes saman yang dikemukan oleh penulis novel Aku Bohsia, Elias Idris yang mendakwa filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam arahan Syamsul diciplak dari novelnya, Aku Bohsia yang diterbitkan pada 1995.[26] Elias yang menggunakan nama pena ‘Anne Natasha Nita’ telah diarahkan membayar ganti rugi RM100,000 dan kos berjumlah RM40,000 kepada ketiga-tiga defendan. Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datin Azizah Nawawi selepas mendapati plaintif gagal membuktikan defendan melanggar hak cipta terpelihara novel Aku Bohsia dalam filem yang diterbitkan pada 2009.[27][28][29]

Pada September 2017, beliau mengecam tindakan pengkritik filem kontroversi, Mansor Puteh yang melabel karyanya sebagai bahan tong sampah. Bahkan, Syamsul dan Syafiq turut menjadi sasaran.[30]

Rujukan

WikiPedia: Yusof_Haslam http://www.agendadaily.com/Hiburan/pengarah-filem-... http://www.astroawani.com/video-malaysia/kl-gangst... http://www.budiey.com/filem-evolusi-kl-drift-filem... http://www.defarhano.com/2011/07/biodata-datuk-yus... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.imdb.com/name/nm0368209/ http://www.malaysiandigest.com/archived/index.php/... http://www.ohbulan.com/ahmad-idham-yusof-haslam-be... http://www.theborneopost.com/2013/09/14/seven-case... http://bm.therakyatpost.com/buzz/2015/09/02/yusof-...