Pencapaian Yusrizan_Usop

Yusrizan Usop berjaya mendapat tempat kelima dalam Akademi Fantasia Musim 2.

Beliau pernah menyertai Anugerah Juara Lagu menerusi lagu Hantaran Hati (2006)i dan sebagai penyanyi gantian Faizal Tahir pada tahun seterusnya menerusi lagu Kasih Tercipta. Penyanyi asal lagu itu tidak dapat bertanding kerana telah dilarang muncul di stesen televisyen swasta selepas kontroversi menanggalkan baju semasa konsert ulangtahun keempat 8TV, dua minggu sebelum acara diadakan pada 27 Januari 2008. Namun, nasib tidak menyebelahi kedua-dua lagu ini untuk memenangi sebarang kategori.

Ada juga lagu nyanyiannya yang berjaya ke separuh akhir Muzik Muzik, namun tidak berjaya ke Anugerah Juara Lagu, seperti Cinta Seorang Teman dan Cinta Terhalang.