Kematian Zaibo

Zaibo telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 1:30 petang, Rabu di Rengit, Johor. Berita pemergiannya itu telah disahkan oleh anaknya sendiri, Hafiz melalui laman Facebooknya.

Tahap kesihatan beliau sebelum ini terjejas selepas didiangnos menghidap kanser esofagus tahap empat sejak September 2018.[5]

Sepanjang Allahyarham bertarung dengan kansernya, khabar Zaibo hanya diketahui umum apabila ada rakan-rakan artis atau wartawan yang berkongsi tentangnya menerusi media sosial.[6][7]

Allahyarham dimandikan dan disolatkan di rumah beliau dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Rengit, Batu Pahat selepas solat Isyak.[8]

Rujukan

WikiPedia: Zaibo http://www.imdb.com/name/nm0952051/ http://www.hmetro.com.my/articles/Zaibonikahkenala... http://www.kosmo.com.my/terkini/pelakon-zaibo-meni... http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2009/... http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2012/... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.sinarharian.com.my/mobile/hiburan/kehil... http://m.utusan.com.my/hiburan/zaibo-positif-walau... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt...