Zainal Ariffin Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai
Zaibo (1956 – 14 November 2018) merupakan seorang pelakon, pelawak, dan penari
Malaysia, berasal dari
Padang Besar,
Perlis.Beliau mula dikenali dengan lakonannya dalam
Spanar Jaya. Zaibo semasa masih muda pada tahun 70-an dan 80-an, dia pernah menari ala-John Travolta. Beliau juga merupakan salah seorang pelakon drama siri tarian
Tari Tirana di TV3, memegang watak Haji Mohsen iaitu datuk kepada pelakon utama wanita, Tirana (lakonan
Wan Sharmila).Sepanjang kerjayanya, Zaibo turut berlakon dalam beberapa filem termasuk
Queen Control (1992), sebelum berlakon dalam
Soalnya Siapa? (2002). Kemudian pada tahun 2008, beliau berlakon dalam filem
Brainscan: Aku Dan Topi Ajaib (2008) dan pada 2010 dalam filem
Lu Pikirlah Sendiri de Movie.Beliau juga pernah meminjamkan suaranya untuk watak Tok Din dan Mustafa (musim 1 sahaja) dalam siri animasi
Kampung Boy karya
Lat. Beliau turut menjadi pengkritik tetap musim ketiga
Raja Lawak.Beliau juga pernah muncul dalam telefilem
Neon (2003) arahan Mohd Feroz Abdul Kader lakonan Allahyarham
Faizal Yusup dan Erik Fuzi bersama ramai pelakon termasuk
Azhar Sulaiman,
Aziz M. Osman,
Saiful Apek,
Rashidi Ishak,
Sofi Jikan,
Aziz Sattar,
Kuswadinata,
Abby Abadi,
Serina Redzuawan,
Zila Bakarin,
Rita Rudaini,
Kartina Aziz dan ramai lagi.
[1]