Kontroversi Zaki_Azmi

Lembaga Disiplin UMNO

Tan Sri Zaki Azmi dilantik sebagai salah seorang Suruhanjaya Diraja Menyiasat Pasukan Polis tahun 2004. Beliau juga menjadi Pengerusi Lembaga Disiplin (Teknikal) UMNO dan Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan UMNO. Seterusnya sebagai Panel Rayuan Disiplin UMNO.

Naik mendadak

Baru pada 5 September 2007, Tan Sri Zaki Azmi dilantik ke Mahkamah Persekutuan dan dan dua bulan kemudian dilantik sebagai presiden Mahkamah Rayuan. Proses ini dikira terlalu mendadak.

Pada 21 Oktober 2008 , Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menolak usul membincangkan kedudukan Tan Sri Zaki Azmi. Ini kerana menyalahi Peraturan 36(8) yang tidak membenarkan kelakuan atau sifat hakim dibincangkan dalam Dewan Rakyat. Usul dibawa oleh Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) . Artikel 127 Perlembagaan Persekutuan juga membincangkan kelakuan seorang hakim di Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi tidak boleh dibincang dalam mana-mana Parlimen kecuali di atas satu usul iaitu notis telah diberi oleh tidak kurang daripada satu per empat jumlah bilangan ahli majlis Parlimen itu.[3]

Isteri kedua

Beliau bernikah dengan Isteri kedua beliau Nor Hayati Yahaya (32) oleh kadi di Thailand. [4] Setelah bercerai, Nor Hayati Yahaya gagal mendapatkan hak sebagai seorang isteri kerana perkahwinan mereka di Thailand tidak menepati undang-undang syariah di Malaysia. Sijil perkahwinan mereka telah dimusnah bagi mengelakkan dari diketahui isteri pertama.(NST, 5 Ogos 2005)

Pernah beri rasuah

Pada 8 November 2008 dalam New Straits Times, Zaki mengaku pernah memberi rasuah kepada kakitangan mahkamah pada tahun 1987 [5], [6] tetapi menarik balik pengakuan itu selepas menyedari implikasinya. Dua bekas hakim telah memberi rasuah. Dua fail pelanggannya juga didapati hilang.[7] Ketika itu beliau merupakan peguam biasa sahaja. Apabila beliau mengadu kepada ketua pendaftar, beliau telah disenaraihitamkan. [8]

Pada 13 November 2008, Karpal Singh mendesak Dewan Rakyat membahaskan kenyataan terbuka Ketua Hakim Negara itu. Karpal juga membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi. Pengakuan terbuka ini menjejaskan kredibilitinya sebagai Ketua Hakim Negara .Badan Pencegah Rasuah (BPR) hendaklah menyiasat di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1961 .Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul yang dibawa oleh Karpal Singh mengikut Peraturan Mesyuarat 18(7)c) kerana ia melanggar syarat-syarat dalam Peraturan Mesyuarat.Peraturan 36(8) memperuntukkan bahawa kelakuan atau sifat hakim-hakim tidak boleh disebut kecuali dengan dikeluarkan usul secara bersendiri. [9]

Rujukan

WikiPedia: Zaki_Azmi http://malaysianjudges.blogspot.com/2007/09/umnos-... http://www.malaysiakini.com/news/91404 http://www.malaysiakini.com/news/91714 http://groups.yahoo.com/group/beritamalaysia/messa... http://www.bharian.com.my/articles/Alasanpenghakim... http://www.bharian.com.my/articles/MindaPengarang_... http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pleabar... http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sayatid... http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Zakiakh... http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Zakitep...