Anugerah Zambry_Abdul_Kadir

Beliau pernah memenangi beberapa anugerah antaranya Anugerah Penulisan Esei Hari Kebangsaan negeri Perak (1982) yang memperoleh tempat kedua pada peringkat kebangsaan, Anugerah Penulisan Agama Kebangsaan (1986)[3] dan Pertandingan Penulisan Akademik peringkat kebangsaan (1987).

Dr. Zambry telah menerima pelbagai anugerah diatas jasa beliau di peringkat tempatan mahupun antarabangsa. Diantaranya adalah Anugerah Khas Global Islamic Finance Awards 2014 (GIFA 2014) di Dubai, UAE pada 27 Oktober 2014. Anugerah tersebut diberikan atas komitment dankejayaan Kerajaan Negeri dalam melaksanakan tanggungjawab sosial Islam di Negeri Perak. Anugerah GIFA merupakan pengiktirafan kepada tokoh dan organisasi atas kejayaan dan amalan terbaik dalam sektor Kewangan Islam.

Beliau turut diberikan anugerah The Crane Summit Supreme Honour Crown Medallion Award oleh Akademi Kesenian dan kebudayaan Dunia (WACC) sempena Kongres Penyair Sedunia (WCP) ke-33 di Pulau Pangkor pada  22 Oktober 2013 kerana penglibatannya dalam bidang sastera.

Sehingga hari ini, hanya tiga pemimpin negara lain yang menerima anugerah tersebut. Mereka adalah Presiden India Dr Abdul Kalam (2006), bekas Presiden Slovakia, Dr. Michael Kovac (2008) dan bekas Presiden Republic Czwch (2009).

WAAC juga telah menganugerahkan “Doctorate of Literature” kepada Dr. Zambry di majlis yang sama.

Pada tahun 2010, Dr. Zambry telah menerima anugerah Ijazah Doktor Kehormat dalam bidang Sains Perikanan kerana aspirasi dan komitmen beliau sebagai anak nelayan tradisional yang berjaya.

Pengiktirafan lain yang diterima oleh Dr. Zambry termasuk Geran Penyelidikan Temple Universiti (1993), Anugerah WAMY sempena majlis Penyampaian Ijazah UIA (1987) , Anugerah Kebangsaan (tempat pertama) bagi kategori Penulisan Agama (1982) dan Anugerah Negeri (tempat pertama) bagi Karangan Hari Kebangsaan (1982).

Sebagai anak Pangkor yang dibesarkan berdekataan dengan Pengkalan Tentera Laut, Dr. Zambry mempunyai hubungan yang istimewa dengan Tentera Laut. Sebagai tanda hubungan baik itu, Kementerian Pertahanan Malaysia telah menganugerahkan Laksamana Pertaman (kehormat) kepada beliau pada tahun 2010.

Sebelum itu, pada tahun 2005, KDYYM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong telah berkenan untuk menganugerahkan Komander (Kehormat) TLDM. Beliau merupakan antara yang pertama dikalangan ahli politik di Malaysia untuk menerima anugerah tersebut.

Pada 4hb Disember 2014, KDYYM Seri Paduka Baginda Yang DiPertua Agong XIV telah berkenan menganugerahkan pingat Pahlawan Angkatan Tentera (PAT) kepada beliau. Pingat tersebut merupakan anugerah ke-tiga tertinggi di dalam Angkatan Tentera Malaysia.

Dilantik sebagai Yang DiPertua Negeri Perak, Majlis St. John Ambulans Malaysia mulai 12 Mac 2014 hingga 11 Mac 2017.

Dr. Zambry juga telah menerima Anugerah Gavel Kehormat daripada  Executive Committee of Crane Summit 21st Century International Forum di Kongres Penyair Sedunia ke-35 yang telah diadakan di Hualien, Taiwan, Republik China., pada 6hb November 2015. Anugerah tersebut merupakan penghargaan tertinggi kepada individu kerana sumbangannya dalam bidang kesusasteraan antarabangsa. Anugerah tersebut juga diberikan atas jasa dan sumbangan Kerajaan Negeri menjadi penganjur Kongres Penyair Sedunia (WCP) ke-33 di Pangkor pada Oktober 2013.  Ini merupakan augerah kedua yang diterimanya selepas anugerah The Crane Summit Supreme Honour Crown Medallion Award daripada Akademi Kesenian dan Kebudayaan Dunia (WACC) pada tahun 2013.

Pada tahun yang sama, beliau turut diangkat sebagai Duta Keamanan (Ambassador for Peace) oleh Universal Peace Federation di atas usaha beliau memperjuangkan nilai moral yang universal, kerjasama antara agama, keharmonian sejagat serta budaya mencintai keamanan tanpa mengira bangsa, agama dan budaya.

Manakala Dewan Persekutuan Majlis Kerjasama Teluk (FGCCC) dan Pertubuhan Kemajuan Kepimpinan Amerika (ALDA) pula telah memberi pengiktirafan kepada Kerajaan Negeri Perak di bawah kepimpinan Dr. Zambry sebagai negeri terbaik untuk pelaburan antarabangsa dalam majlis Anugerah Kepimpinan Perniagaan Asia Barat ke-6 pada bulan November  2015 di Dubai.

Pada 16 Februari 2016, Prof Abul Hasan M. Sadeq, Naib Canselor Asian University of Bangladesh telah menyampaikan Anugerah Khas kepada Dr. Zambry di atas usaha beliau menangani kemiskinan di negeri Perak. Award of Meritorius Distinction for Leadership in Eradicating Poverty ini diberikan atas tokoh kepimpinan beliau melaksanakan initiatif melalui Yayasan Bina Upaya (YBU).

Rujukan

WikiPedia: Zambry_Abdul_Kadir http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php... http://www.malaysiakini.com/news/104895 http://www.straitstimes.com/Breaking+News/SE+Asia/... http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malay... http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/articl... http://pangkor.today.com/ http://pangkor.today.com/calon/ http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/5... http://nst.com.my/Current_News/NST/Friday/Frontpag... http://www.pilihanraya.com.my/english/assemblyPera...