Politik Zambry_Abdul_Kadir

Lukisan air wajah beliau

Dr. Zambry bergiat aktif dalam bidang politik sejurus setelah kembali daripada Amerika Syarikat pada tahun 1995.

Perjalanan politik beliau bermula sebagai Ketua Pemuda UMNO Cawangan Pangkor sebelum dipilih menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lumut. Beliau kemudiannya memenangi kerusi EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (2000-2003) sebelum dilantik menjadi Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak.

Beliau bertanggungjawab dalam memajukan infrastruktur teknologi maklumat di negeri ini ketika memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Multimedia dan Sumber Manusia selepas Pilihan Raya Umum Malaysia 2004. Semasa rombakan kecil pada September 2006, beliau menjadi Pengerusi Jawatankuasa Inovasi, Sains dan Teknologi dan Pelajaran Tinggi dan menggunakan kuasanya bagi pembangunan selanjutnya ICT di Negeri Perak.[4]

Pada tahun 2004, beliau telah bertanding dalam pilihanraya umum bagi kerusi DUN Pangkor and berjaya mempertahankan kerusi tersebut dalam PRU 2008 dan 2013. Beliau kini menyandang tanggungjawab sebagai ADUN Pangkor untuk penggal ketiga dan memegang tampuk pemerintahan Negeri Perak sebagai YAB Menteri Besar untuk penggal kedua.

Dr. Zambry juga merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak dan Ketua UMNO Bahagian Lumut. Namun perjalanan politik beliau bukanlah semudah yang disangkakan malah beliau pernah ditahan di bawah ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) pada tahun 1998.

Pilihan Raya Umum ke-14

Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berjaya mempertahankan kerusinya DUN Pangkor dalam Pilihanraya Umum Ke-14 dengan memperolehi majoriti undi sebanyak 1,626. Zambry telah mengalahkan calon PKR, Nordin Ahmad Ismail (6,752 undi) dan calon PAS, Zainal Abdin Saad (3,638 undi). Walau bagaimanapun, Zambry hanya tewas tipis dengan majoriti undi 400 dengan calon PKR, Mohd Hatta Md Ramli di Parlimen Lumut.

Rujukan

WikiPedia: Zambry_Abdul_Kadir http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php... http://www.malaysiakini.com/news/104895 http://www.straitstimes.com/Breaking+News/SE+Asia/... http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malay... http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/articl... http://pangkor.today.com/ http://pangkor.today.com/calon/ http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/5... http://nst.com.my/Current_News/NST/Friday/Frontpag... http://www.pilihanraya.com.my/english/assemblyPera...