Pengarang Zambry_Abdul_Kadir

Beliau juga telah mengarang beberapa buku antaranya "Umno dan Jiwa Merdeka" (1998), "Pemuda Umno Menebus Maruah, Menuju Arah" (2000) dan "Islam Malaysia dan Amerika" (2002).[3] Zambry juga pernah melibatkan diri dalam beberapa penerbitan sebagai penyunting termasuk Pendidikan dan Pembangunan" di Nurin Enterprise (1989), "Business Administration in Islam" oleh Hizbi (1991) dan "Imbas Gemilang KBS 98" (1998) untuk Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Sebagai seorang ahli akademik, Dr. Zambry banyak menghabiskan masa beliau sebagai seorang penulis sejak bergelar seorang pelajar. Beliau menulis puisi, karangan dan pelbagai artikel di dalam media tempatan dan antarabangsa.

Beliau telah menulis beratus-ratus artikel dalam  Utusan Malaysia, Berita Harian, Dewan Masyarakat, Dewan Budaya, Dakwah, Risalah, Al-Islam, Mastika, dan PEMIKIR, disamping pelbagai buku.

Di antara buku hasil pena beliau bertajuk UMNO dan Jiwa Merdeka (CELDES KL 1998), Pemuda UMNO Menebus Maruah, Menuju Arah (Mei, 2000) dan Islam Malaysia & Amerika. Puisi beliau kini terdapat di dalam kompilasi antologi bertajuk Suara Pelaut.

Beliau turut menghasilkan beberapa kertas akademik dalam majalah dan jurnal. Antaranya bertajuk Politics In Malaysia, A Changing Scenario (2000), Belia dan Cabaran Politik Pascakolonial (1999), Festival Islam Organisasi Islam di Malaysia (Encyclopedia of Malaysiana, 1998), Politik Malaysia dan Pasca-Modernisme (kertas kerja untuk Dewan Bahasa dan Pustaka, 1998) dan Peranan dan Cabaran Ulama’ Dalam Era Pasca-Modernisme (kertas kerja untuk ‘The Asian Renaissance’ di Pekan Baru, Riau, 1997).

Beliau juga merupakan pengarang kepada beberapa penerbitan termasuk Pendidikan dan Pembangunan untuk  Nurin Enterprise, K.L (1980),  Business Administration in Islam, Hizbi (1991), dan Memperkasa Kepimpinan Merentgas Masa Depan, CELDES, KL (1991).

Beliau turut memegang jawatan sebagai Ketua Pengarang Imbas Gemilang KBS 1998,  sebuah penerbitan Kementerian Belia dan Sukan.

Selain menjadi penyunting dan penulis, Dr. Zambry juga merupakan penterjemah yang disegani. Di antaranya termasuk karya yang bertajuk Faces of Islam (Berita Publishing, 1990), Qur’anic Sciences (Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991) dan Islamic Legal Philosophy (Dewan Bahasa dan Pustaka, Oktober, 2000).

Meskipun mempunyai jadual waktu yang ketat, Dr. Zambry tidak pernah melupakan minatnya terhadap buku. Beliau sentiasa meluangkan masa yang ada untuk membaca beberapa buku sekaligus. Antara pilihan beliau yang terbaru adalah karya yang bertajuk Too Many Bosses Too Few Leaders oleh Rajeev Peshawaria, Focus: The Hidden Driver of Excellence oleh Daniel Goleman, dan Political Philosophy: A Historical Introduction tulisan Michael J. White.

Rujukan

WikiPedia: Zambry_Abdul_Kadir http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php... http://www.malaysiakini.com/news/104895 http://www.straitstimes.com/Breaking+News/SE+Asia/... http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malay... http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/articl... http://pangkor.today.com/ http://pangkor.today.com/calon/ http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/5... http://nst.com.my/Current_News/NST/Friday/Frontpag... http://www.pilihanraya.com.my/english/assemblyPera...