Kuasa Zaraki_Kenpachi

Kenpachi merupakan satu-satunya kapten daripada Gotei 13 yang tidak tahu akan nama pedangnya, mahupun berupaya untuk menggunakan tahap lepasan bankai sama sekali. Selain itu, dia tidak pernah menggunakan kidō mahupun langkah kilat; buku data Bleach official Bootleg menyatakan keupayaan Kenpachi menggunakan langkah kilat sebagai kosong. Akan tetapi Kenpachi mengatasi masalah-masalah ini dengan tahap kuasanya yang tinggi. Kuasa semangatnya adalah cukup kuat sehingga, meskipun memakai penutup matanya, Kenpachi mampu bertarung pada tahap yang sama dengan musuh-musuh di tahap kapten, walaupun jika mereka melepaskan zanpakutō mereka.

Meskipun Kenpachi tidak menghiraukan strategi dalam pertarungan dan tidak suka berfikir semasa berlawan, Kenpachi pakar dalam mencari dan mengeksplotasi kelemahan dalam teknik-teknik musuhnya, seperti dalam pertarungannya dengan Tōsen Kaname. Meskipun dia mengakui bahawa dia tidak mempunyai sebarang fikiran rasional mahupun yang masuk akal, Kenpachi sebenarnya agak tajam dalam mengenalpasti sebarang ciri-ciri dalam seseorang yang tidak diketahui oleh orang lain. Sebagai contoh, dia dengan tepatnya mengatakan bahawa Tōsen Kaname dan Ichimaru Gin merupakan kapten-kapten yang gerun terhadap kematian.

Mungkin sekali disebabkan pengalaman yang telah diperolehinya dalam jangka masa yang lama berlatih, Kenpachi mempunyai suatu tahap kekuatan fizikal yang menakjubkan, dilihat paling jelas sekali sewaktu pertarungannya dengan Tōsen Kaname, di mana dia telah menyepaknya menembusi sebuah bangunan, juga sewaktu dia memegang pedang gergasi Ichigo dengan tangannya sahaja. Kekuatan fizikalnya adalah sama dengan tahap ketahanannya: Kenpachi dilihat tidak menghiraukan kecederaan yang ditanggungnya di dalam pertarungan, dan tidak menunjukkan sebarang kesakitan atau kesukaran bertarung meskipun mempunyai beberapa parut dan luka daripada bilah-bilah pedang di tubuhnya. Dia juga membenarkan dirinya ditikam hanya untuk memegang pedang Tōsen dan memecahkan kesan bankai yang dikenakan ke atasnya.

Zanpakutō

Zaraki Kenpachi melihat zanpakutō miliknya yang tidak bernama selepas bertarung dengan Kurosaki Ichigo.

Zaraki Kenpachi tidak mengetahui nama zanpakutōnya, dan merupakan satu-satunya kapten dalam sejarah Gotei 13 yang tidak mampu melakukan lepasan bankai. Walaupun hakikat ini adalah benar, zanpakutō milik Kenpachi sentiasa berada di tahap shikai disebabkan oleh kekuatan kuasa semangatnya.[4] Rupa dan bentuk pedangnya mencerminkan tabiat Kenpachi yang seringkali melemahkan dirinya untuk berlawan: pedangnya kelihatan lama dan pudar dengan hulunya memanjang ke dalam daripada bahagian tengah. Bilahnya adalah lebih panjang daripada kebanyakan zanpakutō. Meskipun kelihatan sedemikian, bilahnya mudah menembusi objek-objek. Ini dibuktikan apabila Kenpachi menembusi pedang ichigo dengan zanpakutōnya, serta membelah sebuah bangunan dengan mudah selepas melepas kuasa semangatnya yang sebenar.

Kenpachi dilihat amat berminat untuk mempelajari tentang zanpakutō miliknya selepas bertarung dengan Ichigo kerana dia ingin menjadi lebih kuat dan merasai keperitan tidak mempunyai nama. Namun Kenpachi masih tidak mampu berkomunikasi dengan zanpakutōnya, dan Kenpachi seringkali mengatakan bahawa dia ingin mendapat kuasa baharu dengan memepelajari daripada zanpakutōnya. Zangetsu mengatakan bahawa Kenpachi dan zanpakutōnya tidak "aman" dengan satu sama lain, justeru mereka mencederakan kuasa masing-masing.

Pada pengakhiran manga siri 576, Kenpachi memanggil "Nozarashi" yang mana merupakan nama zanpakutōnya.