Sejarah Zaraki_Kenpachi

Kenpachi selepas pertemuan pertamanya dengan Ikkaku.

Nama keluarga Zaraki berasal daripada kawasan yang pernah didiaminya, iaitu Zaraki, yang merupakan daerah #80 di Jalan Utara Rukongai. Daerah #80 merupakan kawasan yang paling teruk dan terbengkalai di Rukongai, penuh dengan perompak dan pembunuh (berlawanan dengan kawasan #1 yang merupakan kawasan paling aman dan dikawal ketat oleh undang-undang). Sewaktu menetap di daerah #80, Kenpachi tidak mempunyai nama. Pada waktu itu juga, dia telah menjadi seorang yang cekap menggunakan pedang dan telah membunuh beberapa orang musuh.

Semasa perjalanannya di luar daerah #80, dia telah berjumpa dengan seorang gadis kecil dan telah menggelarnya dengan nama Yachiru (八千流), sebagai peringatan kepada satu-satu manusia yang dikaguminya, selepas gadis kecil itu tidak menunjukkan sebarang tanda ketakutan terhadap pedangnya. Yachiru muncul daripada daerah #79 iaitu Kusajishi (草鹿), di mana ibu bapanya dibunuh. Kedua-dua kejadian ini berlaku pada waktu yang hampir sama. Pada hari tersebut, dia telah menggelar dirinya sebagai Kenpachi: gelaran yang diberikan kepada pengguna pedang yang terhandal, seseorang yang telah mengambil nyawa manusia yang paling ramai. Mereka berdua hidup dengan rapat dan mempunyai hubungan seperti seorang ayah dan anak.

Sebelum Kenpachi menjadi seorang kapten di dalam Gotei 13, dia telah bertarung lalu menewaskan Madarame Ikkaku; di atas kejadian ini, Ikkaku telah bersumpah untuk mengecapi lebih kuasa untuk mengalahkan Kenpachi. Hanya selepas Kenpachi menjadi kapten kepada Divisyen ke-11 barulah Ikkaku bertemu dengan Kenpachi buat kali kedua, lalu bertarung sekali lagi. Madarame mengakui bahawa Kenpachi merupakan individu terhandal yang pernah bertarung dengannya, dan bersumpah untuk mengikut jejak langkahnya sehingga ajal menemuinya.

Beberapa ketika selepas kejadian itu, Kenpachi menemui jalannya ke Seireitei. Dia telah mengalahkan lalu membunuh kapten Divisyen ke-11 (identitinya pada masa kini belum didedahkan) dan telah mendapat tempatnya sebagai kapten dalam Gotei 13. Dalam siri anime Bleach, kedudukannya sebagai kapten Divisyen ke-11 yang baru telah mengakibatkan Ichinose Maki meninggalkan Soul Society, diikuti oleh faktor yang menimbulkan minat Ikkaku dan Yumichika untuk menyertai pasukan shinigami.

Dalam sebuah temu ramah bersama-sama Tite Kubo, dia menyatakan dia berminat untuk bercerita tentang Zaraki dengan lebih jelas lagi.[3]