Sinopsis Zaraki_Kenpachi

Selepas Kurosaki Ichigo dan rakan-rakannya tiba di Soul Society, Kenpachi telah mula mencari yang terhandal di antara mereka dan akhirnya bertarung dengan Ichigo. Sewaktu pertarungan mereka, Ichigo telah membuktikan dirinya cukup handal untuk mengatasi kekuatan semangat sebenar Kenpachi, lalu dia menanggalkan penutup matanya. Pertarungan mereka berakhir dengan seri, di mana Ichigo jatuh ke tanah dahulu, diikuti oleh Kenpachi; kedua-dua mengaku kekalahan. Selepas beberapa ketika kemudian, semasa sedang mencari Ichigo, Kenpachi telah bertarung dengan Komamura Sajin dan Tōsen Kaname, di mana Tōsen dikalahkannya dan telah bertarung dengan Komamura sebelum dia melarikan diri. Kenpachi tidak bertemu dengan Ichigo dan rakan-rakannya sebelum dia meninggalkan Soul Society, memberitahu Yachiru bahawa dirinya dan Ichigo semestinya akan bertemu sekali lagi kerana mereka berdua sahaja yang mempunyai kebenaran dalam diri mereka sendiri. Kenpachi juga telah membantu dalam penaklukan golongan Bount, dan telah berjaya mengalahkan Ichinose Maki, namun telah memilih untuk membenarkannya hidup.

Sewaktu babak Arrancar, Kenpachi merupakan bentuk yang diambil oleh gerak hati dan perasaan Ichigo yang ingin muncul sebagai juara, menjelaskan kepadanya bahawa mereka berdua merupakan manusia yang hidup untuk bertarung satu pertarungan demi satu pertarungan. Selepas Orihime diculik dan dibawa ke Hueco Mundo, Kenpachi tiba di sana bersama-sama Kuchiki Byakuya untuk membawa pulang kumpulan Hitsugaya Tōshirō ke Soul Society. Kemudian, di Hueco Mundo, Kenpachi tiba untuk menyelamatkan nyawa Ichigo sewaktu perarungannya bersama arrancar bernama Tesla, membelah dua tubuh badan arrancar tersebut dalam satu serangan lalu telah bertarung dengan Nnoitra Jiruga. Nnoitra telah mempunyai kelebihan pada awalnya akibat daripada serangan hierronya, namun Kenpachi telah menyesuaikan dirinya lalu mendapat kelebihan. Selepas Nnoitra memotong penutup mata Kenpachi, Kenpachi telah membalas dengan suatu serangan ke dada Nnoitra, dan mengatakan bahawa dia telah kehilangan peluang untuk menang selepas dia menanggalkan penutup matanya, namun Nnoitra telah menggagalkan hakikat ini dengan melepaskan zanpakutōnya dan mendapat semula kelebihan pertarungan mereka. Kenpachi kemudian telah bangkit dengan tekniknya, iaitu memegang pedangnya dengan kedua-dua belah tangan, suatu teknik yang digunakan dalam kendo, untuk memberi serangan-serangan memuncak. Nnoitra tewas kepada tangan Zaraki yang menggunakan teknik ini.