Kerjaya Zarina_Zainuddin

Minat Zarina terhadap bidang seni muncul dek kerana kerap membaca majalah hiburan dan majalah remaja sehingga menerbitkan perasaan teruja Zarina untuk menjadi artis ketika beliau masih muda. Bagi merealisasikan impiannya itu, beliau telah menyertai pertandingan pencarian wajah yang dianjurkan sebuah majalah popular. Impian beliau semakin menjadi kenyataan selepas beliau memenangi tempat ketiga pada pertandingan akhir siri pencarian wajah itu.

Selepas kejayaan itu, beliau telah mencuba nasib sebagai pelakon di Sarimah Film Production Sdn. Bhd dan mendapat tunjuk ajar serta asas lakonan daripada Datuk Sarimah Ahmad. Bermula dari saat itu, Zarina berpeluang untuk berlakon dalam filem pertamanya berjudul Sumpahan Berdarah (1989) diikuti Lirikan Siluman Ular dan Sepasang Mata Maut.[2]

Selain itu, beliau juga pernah merakamkan album bersama arwah adik beliau iaitu Lyana Sulaiman di bawah bimbingan Ramli MS suatu ketika dahulu.[3]

Zarina bakal membintangi telefilem khas raya yang berjudul Huru Hara Raya yang bakal ditayangkan di TV3 pada Raya Pertama iaitu 25 Jun 2017. Telefilem terbitan Arie Zaharie Production ini mengisahkan gelagat lucu sebuah keluarga di Pulau Pinang, sepasang suami isteri yang mempunyai perniagaan yang diusahakan sendiri. Mereka juga sibuk melakukan persiapan untuk majlis perkahwinan anak mereka. Kejadian huru hara berlaku apabila mereka tidak dapat menentukan apa yang perlu diutamakan. Telefilem ini juga dibintangi oleh Kamal Adli, Zara Zya, Shamsul Ghau Ghau, Kazar Saisi dan ramai lagi.[4] Pada Syawal kedua, Zarina bakal muncul dalam sebuah telefilem berjudul Serondeng Daging Abang Sado yang akan bersiaran di TV1.

Rujukan

WikiPedia: Zarina_Zainuddin http://www.budiey.com/senarai-telefilem-syawal-201... http://www.imdb.com/name/nm4459741/ http://www.myartis.com/2015/01/rahsia-21-tahun-zar... http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=09... http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&d... http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&d... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.utusan.com.my/hiburan/zarina-zainuddin-... https://www.facebook.com/officialzarinazainuddin https://www.instagram.com/zarinazainuddin_/