Zainalabidin
Zainalabidin

Zainalabidin

Datuk Zainal Abidin bin Mohamed[1] atau lebih dikenali dengan mononim Zainalabidin atau Zainal Headwind (lahir 4 November 1959) merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia. Beliau memulakan kariernya sebagai vokalis kumpulan Headwind sebelum mengorak langkah sebagai penyanyi solo pada tahun 1989 menerusi album pertamanya yang menggunakan namanya sebagai judul album di bawah label Roslan Aziz Production (RAP) pada 1991.[2]Sepanjang kerjaya muzik beliau, Zainal terkenal dengan lagu-lagu yang bergenre muzik dunia dan kerohanian yang banyak berkisarkan tentang kasih sayang, kemanusiaan dan alam sekitar melalui liriknya dan berjaya mencuri perhatian para pendengar dan diterima oleh masyarakat tempatan dan antarabangsa.Bersama Headwind, beliau telah menghasilkan sebanyak 8 album dari tahun 1983 hingga tahun 1989. Dalam kerjaya solonya, Zainal telah melahirkan 4 album solo yang paling diiktiraf dan berjaya merevolusikan perubahan besar kepada industri muzik Malaysia.[3]Penerimaan kepada muziknya menjadi fenomena bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Pada tahun 1992, bersama teman-teman seperjuangan Datuk Sheila Majid, Afdlin Shauki, Zubir Ali, Azman Warren dan Amir Yussof telah berjaya menggegarkan Malaysia dengan penganjuran konsert paling berjaya dan terbesar sehingga kini iaitu Konsert Ikhlas di bawah pimpinan Roslan Aziz, diikuti dengan siri konsert jelajah ke Jepun pada tahun 1993 dan 1995, di mana ia telah berjaya mengangkat Zainal Abidin sebagai penghibur konsert terbaik di Malaysia.[4]

Zainalabidin

Pekerjaan Penyanyi, komposer, penggubah lagu
Pasangan Natasya Gabriel Abdullah (k. 1987; c. 2000)
Tahun aktif 1977–kini
Anak 2
Pengkarya berkait Headwind, SM Salim, Sheila Majid, Roslan Aziz
Nama lain Zainal Headwind
Instrumen Vokal
Syarikat rakaman Polygram Records (semasa bersama Headwind)
Roslan Aziz Productions
Warner Music Malaysia
AfroZapin Network
Laman sesawang www.zainalabidin.com.my
Kelahiran
Zainal Abidin bin Mohamed

(1959-11-04) 4 November 1959 (umur 60)
Genre Pop, muzik dunia, fusion, Afro-Asia

Rujukan

WikiPedia: Zainalabidin http://www.rotikaya.com/roslan-aziz-rancang-comeba... http://www.star2.com/entertainment/music/music-new... http://www.bharian.com.my/node/60463 http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.nst.com.my/news/2016/07/159302/ikhlas-t... http://www.nst.com.my/news/2016/07/159963/green-pe... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/gabungan-zai... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/zainal-ambil... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt...