Zika_(virus)
Zika_(virus)

Zika_(virus)

Virus Zika virus /ˈziːkə, ˈzɪkə/[1][2][3][4] (ZIKV) adalah virus ahli keluarga Flaviviridae dan genus Flavivirus, yang disebarkan oleh oleh nyamuk Aedes aktif-siang, seperti A. aegypti dan A. albopictus. Virus ini boleh memberi kesakitan yang ringan kepada manusia dan ia dikenali sebagai demam Zika atau penyakit Zika, dimana penyakit tersebut mula diketahui berlaku di kawasan khatulistiwa Afrika dan Asia sejak 1950-an. Kesakitan tersebut adalah satu bentuk penyakit ringan daripada demam denggi,[5] dimana ia dirawat melalui rehat[6] dan tidak boleh dicegah melalui ubat-ubatan atau vaksin. Namanya berasal dari Hutan Zika di Uganda , di mana virus pertama kali diasingkan pada tahun 1947.[7] Virus Zika berkaitan dengan penyakit demam denggi, demam kuning, Ensefalitis Jepun, dan virus Nil Barat.[5]Pada 2014, virus ini merebak ke timur merentasi Lautan Pasifik ke Polinesia Perancis, kemudian ke Pulau Easter dan pada tahun 2015, ia merebak ke Amerika Tengah, Caribbean dan kini ia merebak ke Amerika Selatan sebagai satu wabak besar.[8] Pada Januari 2016, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat mengeluarkan panduan perjalanan bagi negara-negara terjejas, termasuklah panduan langkah berjaga-jaga yang dipertingkatkan dan pertimbangan untuk menangguhkan perjalanan serta panduan untuk wanita hamil.[9][10] Agensi-agensi kesihatan dan pemerintah lain turut mengeluarkan amaran yang serupa,[11][12][13][14] manakala negara-negara seperti Colombia, Ecuador, El Salvador dan Jamaica, menasihati wanita untuk menangguhkan kehamilan sehingga risiko mengenai virus tersebut dapat lebih diketahui.[12][15].Pakar perubatan sedang bertungkus lumus dalam mencari vaksin bagi virus ini

Rujukan

WikiPedia: Zika_(virus) http://www.bbc.com/news/world-latin-america-353888... http://www.bbc.com/news/world-latin-america-353942... http://www.itv.com/news/2016-01-22/zika-virus-advi... http://phenomena.nationalgeographic.com/2016/01/13... http://ecdc.europa.eu/en/healthtopics/zika_virus_i... http://www.cdc.gov/mmwr/volumes/65/wr/mm6502e1.htm http://www.cdc.gov/zika/symptoms http://wwwnc.cdc.gov/travel/notices/alert/zika-vir... http://www.ncbi.nlm.nih.gov/Taxonomy/Browser/wwwta... http://www.rte.ie/news/2016/0122/762119-el-salvado...