Penggunaan Zirkonium

Disebabkan oleh rintangannya yang tinggi terhadap pengaratan, ia selalu digunakan sebagai agen pengaloian dalam bahan yang terdedah kepada agen pengaratan, seperti dalam alat pembedahan dan filamen. Zirkonium dioksida (ZrO2) digunakan dalam pembuatan mangkuk pijar makmal, relau bagas, dan bahan refraktori. Zirkon (ZrSiO4) dipotong untuk membentuk batu permata sebagai perhiasan. Zirkonium karbonat (3ZrO2CO2H2O) pernah digunakan dalam losyen, tetapi penggunaannya telah dihentikan kerana telah menyebabkan tindak balas teruk pada kulit dalam sesetengah kes. 90% zirkonium yang dihasilkan digunakan dalam reaktor nuklear kerana ia adalah penyerap neutron yang lemah dan sukar karat. Aloi zirkonium digunakan sebagai sebahagian daripada badan kapal angkasa kerana rintangan habanya yang tinggi. Ia bukan sahaja merupakan antara komponen pelelas (bahan untuk mengikis) seperti kertas pasir, malah, turut digunakan dalam senjata seperti BLU-97/B Combined Effects Bomb (Bom Impak Gabung BLU-97/B) untuk kesan terbakar. Oksida zirkonium juga digunakan dalam sektor pergigian sebagai salut gigi kerana sifatnya dari segi biokompatibiliti, kekuatan, dan penampilan.