Menu
Zon_boleh_huni_untuk_kehidupan_kompleks BintangBintang yang tidak stabil ialah bintang yang muda mahupun yang tua, atau bintang yang sangat besar mahupun yang kecil. Bintang yang tidak stabil mempunyai kekilauan suria yang berubah-ubah sehingga mengubah saiz zon boleh didiami kehidupan. Bintang yang tidak stabil juga menghasilkan suar suria dan pancaran jisim korona yang melampau. Suar suria dan lentingan jisim korona boleh menghilangkan atmosfera planet yang tidak tergantinya. Oleh itu, zon boleh didiami untuk kehidupan memerlukan bintang yang sangat stabil seperti Matahari, pada ±0.1% perubahan kecerahan suria.[10][11] Mencari bintang yang stabil seperti Matahari merupakan pencarian sebuah kembar suria, dengan analog-analog suria yang telah ditemui.[12] Bintang dengan umur 4.6 bilion tahun berada pada keadaan paling stabil. Kelogaman, saiz, jisim, umur, warna dan suhu bintang yang betul juga adalah sangat penting untuk pengekalan variasi kecerahan yang rendah.[13][14][15] Matahari bersifat unik kerana ia kaya dengan logam untuk umur dan jenisnya yakni bintang G2V. Matahari pada masa ini berada dalam tahap paling stabil dan mempunyai logam yang betul untuk menjadikannya sangat stabil.[16] Bintang kerdil (kerdil merah/kerdil oren/kerdil perang/kerdil kecil) bukan sahaja tidak stabil, malahan juga mengeluarkan tenaga yang rendah, maka zon boleh dihuni sangat dekat dengan bintang dan planet sedemikian adalah terkunci pasang surutnya. Planet yang sangat dekat juga meletakkannya di luar dari hampir semua zon boleh didiami kehidupan.[17] Bintang gergasi (gergasi kecil/gergasi biasa/gergasi merah/supergergasi merah) adalah tidak stabil dan mengeluarkan tenaga yang tinggi, jadi zon boleh dihuni adalah sangat jauh dari bintang. Planet yang sangat jauh dari bintangnya juga meletakkannya keluar dari hampir semua zon boleh didiami kehidupan, di tempat yang tiada planet berbatu.[18]
Menu
Zon_boleh_huni_untuk_kehidupan_kompleks BintangBerkaitan
Zon boleh huni untuk kehidupan kompleks Zon Bebas Tentera Korea Zon boleh didiami Zon bahaya (keselamatan makanan) Zon benam Zon Biru Zon Bebas Cukai Zon Brillouin Zon Bebas Tentera Zon waktuRujukan
WikiPedia: Zon_boleh_huni_untuk_kehidupan_kompleks https://www.spacedaily.com/news/extrasolar-99m.htm... https://doi.org/10.3847%2F1538-4357%2Fab1d52 https://doi.org/10.1038%2F355145a0 https://doi.org/10.1086%2F509800 https://doi.org/10.3847%2F2041-8213%2Fabd93a https://doi.org/10.17226%2F13519 https://doi.org/10.1038%2F430509a https://doi.org/10.1093%2Fmnras%2Fstad928 https://doi.org/10.3847%2F2041-8213%2Facccfb https://doi.org/10.1186%2Fs40623-016-0461-x