Biografi Zubir_Said

Dewan Konsert dan Teater Victoria pada Januari 2006. Teater Victoria adalah tempat untuk persembahan pertama awam komposisi Zubir Said, termasuk "Majulah Singapura" pada 6 September 1958. Lagu ini kemudiannya menjadi lagu kebangsaan bebas Singapura.

Zubir dilahirkan pada 22 Julai 1907 di Fort de Kock di kawasan tanah tinggi Minangkabau dari Sumatera Barat, Indonesia. Mempunyai adik-beradik seramai 8 orang, beliau merupakan anak sulung. Ibunya meninggal dunia ketika Zubir berusia 7 tahun. Pada usia muda, beliau telah menuntut di sebuah sekolah Belanda di sana. Namun beliau tidak menunjukkan minat dalam bidang akademik.

Kerjaya muziknya bermula apabila beliau belajar bermain seruling dan kemudiannya gitar dan dram. Beliau kemudian berhijrah ke Singapura untuk bermain muzik, dan terdedah kepada banyak jenis muzik di Singapura.[2]

Pada akhir 1950-an, komision bagi menulis lagu kebangsaan Singapura dan Majulah Singapura ciptaan Zubir telah diterima pakai. Lagu itu dimainkan pada akhir konsert Panggung Victoria yang baru diubah suai pada 6 September 1958.

Pak Zubir mendirikan rumah tangga dengan Tarminah Kario Wikromo seorang penyanyi keroncong yang terkenal.[3]

Rujukan

WikiPedia: Zubir_Said http://bahizal.com/2006_05_01_bahizal_archive.html http://www.felix-entertainment.com/p-ramlee/galler... http://www.imdb.com/name/nm1008031/ http://www.singaporeheritage.com/pesh_entries_deta... http://www.straitstimes.com/Free/Story/STIStory_16... http://www.todayonline.com/articles/318916.asp http://socialarchive.iath.virginia.edu/ark:/99166/... http://www.sinchew.com.my/content.phtml?sec=5&sdat... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p352619767 http://web.archive.org/web/20070625042528/http://w...