Pengunjung 1_Utama

Menurut fakta yang diberikan oleh pengurusannya, 1 Utama menerima kira-kira 60,000 hingga 90,000 orang pengunjung setiap hari biasa dan seramai 120,000 orang pada hujung minggu. [1] Bilangan ini lebih tinggi berbanding Centrepoint, sebuah pusat beli-belah pesaing dalam bandar yang sama. Di Mutiara Damansara yang tidak jauh jaraknya dari bandar Utama, terdapat lagi pusat beli-belah seperti The Curve, Ikea, e@Curve dan Ikano Power Centre.