Penyewa 1_Utama

Dibangunan lama 1 Utama, kedai-kedai yang menduduki iaitu termasuk gedung beli-belah dan pasaraya ÆON (dahulu di kenali sebagai JUSCO) dengan 3 tingkat. Isetan pula, telah dibuka pada tahun 2012 dengan 3 tingkat. Gedung pakaian dari Jepun iaitu Uniqlo, merupakan yang ketiga gedungnya di Malaysia dan mempunyai 3 tingkat. Manakala butik fasyen pula seperti Bershka, Esprit, Padini Authentics, Hush Puppies, Nichii, Levi's, Dockers, Morgan de Toi, Giordano dan banyak lagi. Popular gedung buku yang terdapat didalam bangunan ini.

Dibangunan baru pula, terdapat gedung beli-belah Parkson dengan 3 tingkat. Tangs gedung pakaian mewah dari Singapura akan dibuka pada 2012 nanti dengan mempunyai 2 tingkat. Cold Storage pula, iaitu pasaraya didalam bangunan ini. Gedung buku MPH dengan 2 tingkat. Butik-butik jenama fasyen pula iaitu French Connection, Coach, Armani Exchange, DKNY, Calvin Klein, Guess, Massimo Dutti, Zara, Pull and Bear, Bebe, Raoul, Charles & Keith, Gap, Top Shop, Top Man, Miss Selfridge, Dorothy Perkins, Laura Ashley, Tommy Hilfiger, Cotton On, Quiksilver, Jaspal, Pierre Cardin, Padini Concept Store, Lacoste, Forever 21, Marks and Spencer dan banyak lagi.

Restoran dan kedai makan yang terdapat didalam kedua-dua bangunan ini seperti TGI Friday's, Chili's Grill & Bar, A&W, Burger King, KFC, McDonald's, Pizza Hut, Long John Silver's, Starbucks, Nando's Pizza Milano, Carl's Jr., Kenny Rogers Roasters dan banyak lagi.

1 Utama juga merupakan kompleks beli-belah di Malaysia yang menempatkan dua buah pawagam. Yang pertama Pawagam TGV dibangunan lama dengan mempunyai 7 dewan tayangan tetapi telah ditutup dan sekarang dalam proses untuk menaiktaraf kepada 12 dewan tayangan yang akan dibuka pada tahun 2012 nanti. Pawagam kedua pula dibangunan baru iaitu Pawagam GSC yang mempunyai 13 dewan tayangan dengan 1 dewan tayangan kelas pertama.

Rujuk senarai penuh penyewa 1 Utama.