Anugerah 1_Utama

1 Utama dinamakan "Shopping Complex of the Year" pada Retail World Excellence Awards 2006/07. Seperti pada tahun 2006, sebuah menara pejabat korporat 20 tingkat (diduduki oleh IBM dan KPMG) telah disiapkan dan sebuah hotel 428 bilik yang bertaraf 5 bintang yang dihubungkan pada pusat beli-belah pada tahun 2007.[4]

Terdapat juga perkhidmatan bas pengantara percuma dari beberapa kawasan seperti stesen LRT Kelana Jaya dan Sunrise Mont Kiara bagi meningkatkan akses orang ramai ke pusat ini. Selain itu, 1 Utama juga mempunyai perkhidmatan pengantara pergi balik dari Cyberjaya, namun perkhidmatan ini berbayar iaitu berharga RM3 setiap perjalanan (kupon perlu dibeli di Kaunter Maklumat Pelanggan 1 Utama).Kini stesen MRT Bandar utama sudah mula beroperasi sepenuhnya dan ini memudahkan akses untuk ke pusat membeli-belah ini.