Stadium A.S._Roma

Pemandangan Stadio Olimpico ketika satu perlawanan Roma.

Kemudahan sukan Roma pertama ialah Motovelodromo Appio yang sebelum ini digunakan oleh Alba-Audace. Roma hanya bermain di situ untuk musim 1927-28 sehingga mereka berpindah ke Campo Testaccio pada musim seterusnya.. Campo Testaccio digunakan dari 1929 hingga 1940. Pasukan ini kemudian berpindah ke Stadio Nazionale del PNF selama 13 tahun sebelum berpindah sekali lagi.

Dalam musim 1953–54, Roma berpindah ke arena Olimpik, Stadio Olimpico dan ia dikongsi dengan kelab Lazio. Arena ini telah menghadapi beberapa perubahan selama ini. Contohnya, Stadio Olimpico terpaksa dirobohkan sebelum dibina semula sebagai persiapan menghadapi Piala Dunia FIFA 1990 apabila Itali menjadi tuan rumah acara bola sepak terbesar dunia itu. Roma bermain hampir setiap musim dari 1953–54 di Stadio Olimpico kecuali pada musim 1989–90 oleh kerana pembinaan semula Stadio Olimpico. Pada masa itu, Roma bermain di Stadio Flaminio.

Pada 30 Disember 2012, Presiden AS Roma James Pallotta mengumumkan pembinaan stadium baru di kawasan Tor di Valle di Rome. Stadium baru iaitu Stadio della Roma dijadualkan akan siap dan dibuka pada 2016. Stadium baru ini memiliki kapasiti 60,000 tempat duduk.

Di bawah menunjukkan stadium yang digunakan oleh Roma dan tempohnya.

  • 1927–1928 Motovelodromo Appio
  • 1929–1940 Campo Testaccio
  • 1940–1953 Stadio Nazionale del PNF
  • 1953– Stadio Olimpico (1989–1990 Stadio Flaminio oleh kerana pembinaan semula Stadio Olimpico)

Rujukan

WikiPedia: A.S._Roma http://www.123football.com/clubs/italy/roma/index.... http://m.bleacherreport.com/articles/1730264-why-r... http://www.bloomberg.com/research/stocks/private/s... http://investing.businessweek.com/businessweek/res... http://www.deloitte.com/assets/Dcom-UnitedKingdom/... http://www.europeancuphistory.com/euro84.html http://www.fifa.com/live-scores/clubs/club=italy-a... http://www.footballderbies.com/index.php?country=2 http://www.footballinitaly.com/roma.html http://soccernet.espn.go.com/news/story?id=680854&...