Imej A.S._Roma

Lambang Roma yang diguna pakai dari 1997 hingga 2013.

Warna-warna Roma iaitu ungu imperial bersama kuning keemasan mewakili warna tradisional Rom ataupun sebagai jata rasmi Comune di Roma yang menampilkan warna sama.[46] Warna emas dan merah-ungu mewakili maruah Empayar Rom.[47] Seluar pendek putih dan stoking hitam biasanya digunakan ketika memakai jersi merah, namun terutamanya pada perlawanan utama, seluar pendek dan stoking dipakai dengan warna yang sama apabila menyarung jersi tuan rumah.[48]

Jersi ini asalnya dipakai oleh Roman Football Club; salah satu daripada tiga kelab lain yang digabung pada 1927.[49] Disebabkan warna-warna yang mereka pakai, Roma lebih dikenali dengan nama samaran i giallorossi bermakna kuning-merah.[50] Jersi pelawat Roma kebiasannya berwarna putih dan jersi ketiga atau alternatif sering ditukar mengikut masa. Kemungkinan disebabkan oleh pemasaran sukan moden, beberapa tahun yang lalu telah menyaksikan warna emas digantikan dengan warna jingga.

Nama samaran popular Roma yang lain iaitu i lupi (serigala). Haiwan ini tampil dalam lambang kelab dalam pelbagai bentuk melalui sejarahnya. Kini, lambang pasukan ini telah digunakan sama seperti lambang kelab sewaktu penubuhannya. Ia memaparkan serigala betina bersama dua bayi lelaki iaitu Romulus dan Remus, menggambarkan mitos penubuhan kota Rom.[51] Berdasarkan mitos bagaimana mendapat nama dan logo kelab, kembar (anak kepada Mars dan Rhea Silvia) dilempar ke Sungai Tiber oleh pak cik saudaranya, Amulius, kemudian seekor serigala betina menyelamatkan kembar itu dan menjaganya.[52] Akhirnya, dua orang kembar itu membalas dendam terhadap Amulius sebelum mereka berdua bertelagah. Romulus membunuh Remus dan menjadi raja sebuah kota baru yang dinamakan sempena penghargaannya, Rom.[53]

Rujukan

WikiPedia: A.S._Roma http://www.123football.com/clubs/italy/roma/index.... http://m.bleacherreport.com/articles/1730264-why-r... http://www.bloomberg.com/research/stocks/private/s... http://investing.businessweek.com/businessweek/res... http://www.deloitte.com/assets/Dcom-UnitedKingdom/... http://www.europeancuphistory.com/euro84.html http://www.fifa.com/live-scores/clubs/club=italy-a... http://www.footballderbies.com/index.php?country=2 http://www.footballinitaly.com/roma.html http://soccernet.espn.go.com/news/story?id=680854&...