A.S._Roma

Associazione Sportiva Roma atau lebih mudah disebut sebagai Roma [ˈroːma], merupakan sebuah kelab bola sepak profesional Itali yang berpangkalan di Rom, ibu negara Itali. Sejak ditubuhkan pada 1927, Roma telah bertanding di divisyen tertinggi Itali kecuali pada musim 1951–52 apabila mereka terpaksa bermain di divisyen kedua. Untuk musim ke-64 berturut-turut (keseluruhannya 83), Roma masih bermain di Serie A untuk musim 2015-16.Roma telah merangkul kejuaraan Serie A sebanyak tiga kali iaitu pada musim 1941–42, 1982–83 dan 2000–01 selain memenangi tiga trofi Coppa Italia dan dua gelaran Supercoppa Italiana. Di peringkat Eropah, Roma memenangi Piala Pameran Inter-Cities pada 1960–61 selain menjadi naib juara Piala Eropah pada musim 1983–84 apabila tewas kepada Liverpool. Bahkan, Roma turut tewas pada perlawanan akhir Piala UEFA pada musim 1990–91 menentang Internazionale dalam dua perlawanan. Oleh itu, Roma menjadi kelab keempat Itali memperoleh banyak kejuaraan di belakang Juventus, Milan dan Inter dan ia juga tergolong dalam "Tujuh Kelab Gergasi Itali".Roma bermain di Stadio Olimpico sebagai venue tuan rumah selain berkongsi dengan musuh tradisi, Lazio. Dengan memiliki kapasiti 72,000, stadium ini menjadi stadium kedua terbesar di Itali di belakang San Siro. Pada September 2009, Roma melancarkan pembinaan Stadio della Roma (kapasiti 55,000) di barat pinggir kota Rom. Reka bentuknya mengikut kepada stadium di England iaitu untuk memberikan penonton dari tempat duduk dapat melihat lebih dekat menghadap padang[3][4] dan ia juga dikatakan diinsipirasi dari Colosseum.[5] Pada September 2011, Thomas R. DiBenedetto diumumkan sebagai presiden baharu selepas mencapai rundingan dengan datuk bandar Rom, Gianni Alemanno dan dijangka stadium baru itu akan siap pada 2016.[6]

A.S._Roma

Stadium Stadio Olimpico
Rom, Itali
(Muatan: 70,634[1])
Pemilik NEEP Roma Holding SpA (79.04%)[2]
Diasaskan 22 Julai 1927; 92 tahun yang lalu (1927-07-22)
(by Italo Foschi)
Tapak sesawang Laman kelab
Ketua jurulatih Paulo Fonseca
Liga Serie A
Nama penuh Associazione Sportiva Roma S.p.A.
Presiden James Pallotta
2018-19 Serie A, ke-6
Gelaran I Giallorossi (Kuning Merah)
La Maggica (The Magic One)
I Lupi (Serigala)

Rujukan

WikiPedia: A.S._Roma http://www.123football.com/clubs/italy/roma/index.... http://m.bleacherreport.com/articles/1730264-why-r... http://www.bloomberg.com/research/stocks/private/s... http://investing.businessweek.com/businessweek/res... http://www.deloitte.com/assets/Dcom-UnitedKingdom/... http://www.europeancuphistory.com/euro84.html http://www.fifa.com/live-scores/clubs/club=italy-a... http://www.footballderbies.com/index.php?country=2 http://www.footballinitaly.com/roma.html http://soccernet.espn.go.com/news/story?id=680854&...