Sejarah A.S._Roma

A.S. Roma ditubuhkan pada musim panas 1927 apabila Italo Foschi[7] memulakan penggabungan tiga kelab Kejuaraan Bola Sepak Itali dari kota Rom iaitu Roman FC, SS Alba-Audace dan Fortitudo-Pro Roma SGS.[8] Tujuan penggabungan itu ialah untuk memberikan kelebihan kepada kelab ibu negara Itali itu sebagai kelab yang kuat untuk mencabar pendominasi liga oleh kelab dari utara Itali pada masa itu. Hanya satu kelab Rom yang menentang penggabungan itu iaitu Lazio kerana campur tangan tentera Jeneral Vaccaro, ahli kelab dan barisan eksekutif Persekutuan Bola Sepak Itali. Roma mula bermain pada awal musimnya di stadium Motovelodromo Appio sebelum bertempat di laluan pekerja di Testaccio, dan kemudian ia membina tanah berkayu Campo Testaccio; yang dibuka pada November 1929.[9] Pada awal musim, Roma menduduki tempat kedua liga pada musim 1930–31 di belakang Juventus.[10] Kapten pasukan, Attilio Ferraris bersama dengan Guido Masetti, Fulvio Bernardini dam Rodolfo Volk menjadi tonggak penting Roma pada masa itu.[11]

Kejayaan scudetto pertama dan kemerosotan

Selepas menempuhi era kemerosotan dan pemergian pemain-pemain penting, Roma kemudian membentuk semula pasukan dengan menambah penyerang berbisa seperti Enrique Guaita dari Argentina.[12] Di bawah pengurusan Luigi Barbesino, kelab Rom hampir meerangkul kejuaraan liga pertamanya pada musim 1935–36 sebelum akur di tempat kedua dan ketinggalan hanya satu mata di belakang juara Bologna.[13]

Roma kembali ke bentuk terbaik sebelum persembahan tidak memuaskan pada lewat 1930an. Roma akhirnya merangkul kejuaran scudetto pertama pada musim 1941–42.[14] 18 gol yang dijaringkan pemain asal Itali, Amedeo Amadei menjadi kepentingan buat Alfréd Schaffer yang merupakan jurulatih Roma yang berjaya membimbing anak buahnya ke arah juara. Pada masa itu, Itali terlibat dalam Perang Dunia Kedua dan Roma bermain di Stadio del Partito Nazionale Fascista.[15]

Pada tahun-tahun selepas perang, Roma tidak dapat menawan semula kedudukan mereka dari awal 1940an. Roma menamatkan di kedudukan hampir tercorot di Serie A buat lima musim berturut-turut sebelum disingkirkan ke Serie B pada penghujung musim 1950–51[16][17] sekitar hampir sedekad mengecapi kejayaan scudetto. Di bawah pengurus Giuseppe Viani, Roma akhirnya berjaya layak ke Serie A semula.

Selepas kembali ke Serie A, Roma menduduki tempat di naib juara pada musim 1954-55 di bawah bimbingan jurulatih Inggeris, Jesse Carver selepas Udinese asalnya menduduki tempat kedua namun dipaksa tersingkir ke Serie B akibat rasuah.[18]Walaupun Roma tidak mampu untuk mencabar empat kedudukan terbaik pada dekad seterusnya, mereka mendapat beberapa pencapaian yang membanggakan. Kejayaan pertama Roma di luar Itali ialah pada 1960–61 apabila Roma menewaskan Birmingham City 4–2 dalam perlawanan akhir pada aksi Piala Pameran Inter-Cities.[19] Beberapa tahun kemudian, Roma menewaskan Torino 1-0 untuk menjulang Coppa Italia pada 1963-64.[20]

Mata terendah dicatat Roma ketika musim 1964-1965 apabila pengurus Juan Carlos Lorenzo mengumumkan kelab ini tidak mampu untuk membayar pemain-pemain dan tidak mampu membayar kos perjalanan ke Vicenza dalam satu perlawanan. Penyokong-penyokong mula melancarkan kutipan di Sistine Theatre dan bankrup dapat dielakkan apabila Franco Evangelisti dilantik sebagai presiden baharu.

Trofi kedua Coppa Italia dimenangi Roma pada musim 1968-69 apabila ia bertanding dengan kelab dari liga bawahan.[21] Giacomo Losi menjadi pemain membuat kemunculan terbanyak Roma pada 1969 apabila bermain sebanyak 450 perlawanan dalam semua kejohanan dan rekod beliau itu hanya mampu bertahan selama 38 tahun.[22]

Nasib berbeza-beza

Roma menambah satu liga koleksi pialanya pada 1972 apabila menang 3 berbalas ke atas Blackpool pada Piala Inggeris-Itali.[23] Pada era 1970an, kemunculan Roma di kedudukan teratas Serie A hanyak sekali sekala. Kedudukan terbaik dicatat Roma pada masa ini ialah berada di tempat ketika musim 1974–75.[24] Pemain terkenal Roma pada masa ini antaranya ialah Giancarlo De Sisti dan Francesco Rocca.


Pada perlawanan akhir Coppa Italia 1979-80, Roma menang ke atas Torino pada penentuan penalti lalu berjaya merangkul trofi ketiganya.[25] Roma mula mencapai tempat teratas liga sejak mereka tidak lagi melangkah ke kedudukan itu pada 1940an dan mereka akhirnya menduduki tempat kedua apabila akur dengan gol kontroversi Juventus dan akur Juventus sebagai juara pada musim 1980–81.[26] Bekas pemain Milan, Nils Liedholm menjadi pengururs pada masa itu selain mempunyai barisan pemain seperti Bruno Conti, Agostino Di Bartolomei, Roberto Pruzzo dan Falcão.[27]

Selepas 41 tahun, Roma akhirnya meraih kejuaraan scudetto buat kali kedua pada musim 1982–83 dan mereka meraikan secara meraih di ibu kota Rom.[28] Pada musim berikutnya, Roma menduduki tempat kedua di Itali dan juga sebagai naib juara pada perlawanan akhir Piala Eropah 1984 selepas tewas kepada Liverpool dalam penentuan penalti di Stadio Olimpico.[29] Kejayaan Roma pada era 1980an diteruskan lagi pada musim 1985–86[30] apabila menduduki tempat kedua liga selain merangkul kejuaraan Coppa Itali dengan menewaskan Sampdoria 3–2.[20]

Pada 1990an, Roma melangkah ke perlawanan akhir Piala UEFA namun tewas 2-1 kepada Internazionale pada 1991[31] dan pada musim yang sama, Roma memenangi Coppa Italia buat kali ketujuh dan menjadi naib juara Supercoppa Italiana selepas tewas kepada Sampdoria. Selepas muncul naib juara Coppa Italia kepada Torino, baki tahun 1990an amat merosot dan kedudukan terbaik dicatat Roma pada musim 1997–98 apabila kelab ini menduduki tempat keempat di Serie A.[32] Pada awal 1990an juga menyaksikan kelahiran Francesco Totti yang menjadi ahli pasukan terpenting dan menjadi kapten ikonik dalam masa-masa akan datang.

Era alaf baru

Roma kembali ke bentuk konsisteen pada awal 2000an dengan merangkul kejuaraan Serie A kali ketiga pada 2000–01.[33] Kapten pasukan Francesco Totti menjadi faktor utama kemenangan Roma pada musim ini dan beliau menjadi salah satu wira utama dalam sejarah kelab[34] selain cuba untuk memecah rekod dan statistik kelab.[35] Tonggak utama pasukan lain antaranya Aldair, Cafu, Gabriel Batistuta dan Vincenzo Montella.[36]

Peminat-peminat Roma teruja menyaksikan Roma meraih scudetto kali ketiga pada 17 Jun 2001 di Stadio Olimpico.

Kelab ini cuba untuk mempertahankan gelaran pada musim berikutnya tidak kesampaian apabila beza satu mata dengan pendahulu Juventus.[37] Ini juga menjadi titik permulaan Roma sebagai naib juara banyak kali sama ada di Serie A atau Coppa Italia pada 2000an. Mereka tewas kepada Milan pada perlawanan akhir Coppa Italia 2003[38] dan juga di belakang Milan sekali lagi di Serie A pada musim 2003–04.[39] Roma juga banyak melakukan pemodalan semula pada musim 2003-04. Pada November 2003 €37.5 juta telah disuntik "Roma 2000" untuk menutup kerugian dari setengah tahun dan pada tahun sebelumnya dan sekali lagi pada 30 Jun iaitu sebanyak €44.57 juta. Melalui pemasaran saham, tambahan €19.850 juta dalam perkongsian baharu dan pada penghujung tahun, perkongsian modal sebanyak €19.878 juta yang tidak ditukar sehingga 2011. Pada musim berikutnya, Roma menjual Walter Samuel dengan harga 25 juta euro dan Emerson sebanyak €28 juta. Ini menyebabkan Roma kelemahan barisan pertahanan dan tengah dan memberi kesan kepada Giallorossi menamatkan musim di tempat kelapan liga dan menjadi salah satu musim terburuk dalam sejarah terkini Roma.

Ketika skandal "Calciopoli", Roma tergolng dalam pasukan yang tidak terlibat. Selepas penghukuman dibuat, Roma berada di tempat naib juara untuk musim 2005–06[40] dan pada musim yang sama, mereka menjadi naib juara Coppa Italai seleas tewas kepada Internazionale.[41] Pada dua musim berikutnya iaitu pada 2006–07 dan 2007–08, Roma menjadi naib juara di Serie A dan tetap di belakang Internazionale dan bermaksud pada dekad 2000, Roma menduduki tempat kedua teratas liga berbanding dekad-dekad lain. Sementara itu di Liga Juara-Juara Eropah, mereka berjaya melangkah ke suku akhir sebelum kecundang kepada Manchester United. Dalam Liga Juara-Juara 2008-09, Roma berjaya mara ke pusingan kalah mati di atas Chelsea dalam kumpulannya dan menjadi sejarah kelab apabila Roma menjadi juara kumpulan di Liga Juara-Juara. Walau bagaimanapun, mereka tewas kepada Arsenal dalam penentuan penalti lalu menamatkan kempen Liga Juara-Juara.

Selepas melalui musim mengecewakan pada permulaan musim 2009–10, Claudio Ranieri digantikan oleh Luciano Spalletti sebagai ketua jurulatih. Pada masa itu, Roma berada di kedudukan tercorot liga selepas tewas kepada Juventus dan Genoa. Selepas itu, Roma mula bangkit dan meneruskan rekod tanpa kalah sepanjang 24 perlawanan. Giallorossi berada di puncak liga pada perbezaan satu mata sebelum tewas kepada Sampdoria. Roma akhirnya menduduki tempat kedua di Serie A dan Coppa Italia dan masing-masing di belakang Internazionale. Dekad ini boleh dikatakan dekad cemerlang dalam sejarah Roma jika dibandingkan dengan 1990an. Pada 2000an, Roma meraih scudetto, dua trofi Coppa Italia dan dua kejuaraan Supercoppa Italiana. Selain itu, pencapaian terbaik Roma pada masa ini ialah layak ke suku akhir Liga Juara-Juara (pada edisi 2006–07 dan 2007–08) sejak 1984. Serta enam naib juara di Serie A, empat aksi final Coppa Italia dan tiga final Supercoppa – membuatkan dekad paling cemerlang dalam sejarah Roma.

Masa kini

Barisan pemain Roma menghadapi perlawanan Liga Juara-Juara Eropah.

Pada musim panas 2010, keluarga Sensi bersetuju untuk melepaskan kuasanya di kelab ini sebagai sebahagian perjanjian penyelesaian hutang. Ini membawa kepada berakhirnya kawalan keluarga Sensi yang telahpun bertapak di Roma sejak 1993. Sehingga pemilik baru dilantik, Rosella Sensi tetap teruskan peranannya sebagai direktor kelab. Pada musim 2010-11, Roma menghadapi saingan sengit di peringkat domestik mahupun Eropah. Kali ini termasuklah tewas kepada pasukan seperti Cagliari, Brescia dan kekalahan 2-0 kepada Bayern Munich pada perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara dan menyaksikan pengurus Claudio Ranieri dikritik secara terbuka oleh pemainnya. Bagaimanapun, ia disusuli dengan kemenangan menentang Inter dan kemenangan sensasi menentang Bayern dalam perlawanan timbal balik, yang menyaksikan Roma menang 3-2. Berikutan beberapa keputusan hambar yang menyaksikan Roma terlibat dalam lima perlawanan berturut-turut tanpa memperoleh kemenangan, Ranieri akhirnya dipecat sebagai ketua jurulatih pada Februrari 2011 dan tugas itu diambil alih oleh bekas penyerang Roma, Vincenzo Montella sehingga penghujung musim. Pada musim itu, Francesco Totti menjaringkan gol ke-200nya di Serie A menentang Fiorentina pada Mac 2011 dan beliau merupakan pemain keenam melalukan sedemikian.

Pada 16 April 2011, kontrak pengambilalihan kelab ini telah ditutup apabila kumpulan pelaburan Amerika yang diketuai oleh Thomas R. DiBenedetto. "DiBenedetto AS Roma LLC" (kemudian dinamakan sebagai AS Roma SPV, LLC) terdiri daripada empat pemegang saham lain iaitu James Pallotta (25%) dari Tudor Investment; Michael Ruane (25%), direktor TA Realty, yang mana sebahagiannya pemilik "AS Roma SPV, LLC" melalui kepercayaan keluarga sebanyak 22.5%; dan Richard D'Amore (25%) dari North Bridge Venture Partners and Veeco.[42] DiBenedetto menjadi presiden Roma ke-22 yang berkhidmat dari 27 September 2011 hingga 27 Ogos 2012 dan digantikan oleh Pallotta.[43] Pada 2011, "AS Roma SPV, LLC" memiliki 60% perkongsian dengan NEEP Roma holding, dengan baki (40%) dikekalkan oleh pemiutang Sensi, UniCredit; NEEP seterusnya dimiliki semua saham yang dipegang sebelum ini oleh Sensi (kira-kira 67%) dengan apungan bebas dalam pasaran saham.

Pemilik baru kelab ini melancarkan beberapa perubahan besar dalam kelab ini dengan mengambil Walter Sabatini sebagai direktor bola sepak dan bekas pemain antarabangsa Sepanyol dan jurulatih Barcelona B, Luis Enrique sebagai pengurus. Mereka kemudian mengikat pemain tengah Érik Lamela dari River Plate, penyerang Bojan dari Barcelona, penjaga gol Maarten Stekelenburg dan Ajax dan pertahanan veteran, Gabriel Heinze. Kelab ini juga menjual dan memecat pemain pertahanan John Arne Riise, penjaga gol Doni dan kedua-dua penyerang iaitu Jérémy Ménez dan Mirko Vučinić. Dalam peringkat kewangan, syarikat telah memperoleh 100 juta euro.

Walau bagaimanapun, Roma tersingkir awal dalam pusingan play-off Liga Europa UEFA 2011-12. Selepas pengambil alihan rasmi pada 18 Ogos, Roma membeli penyerang Pablo Osvaldo, pemain tengah Miralem Pjanić dan Fernando Gago, pertahanan Simon Kjær dan pemain muda Fabio Borini dengan menelan kos lebih €40 juta. Pada 2012, Pallotta menjadi presiden baru apabila beliau sendiri memecahkan perkongsian dengan NEEP Rom Holding.

Pada 12 Jun 2013, Pallotta mengumumkan Rudi García dilantik sebagai pengurus baru Roma.[44] Beliau menikmati permulaan cemerlang dalam kariernya di Roma dengan memenangi sepuluh perlawanan Serie A pertamanya dengan kemenangan berturut-turut.[45] Ketika kemaraan ini, Roma menjaringkan 24 kali dan hanya bolos sekali oleh Parma.

Rujukan

WikiPedia: A.S._Roma http://www.123football.com/clubs/italy/roma/index.... http://m.bleacherreport.com/articles/1730264-why-r... http://www.bloomberg.com/research/stocks/private/s... http://investing.businessweek.com/businessweek/res... http://www.deloitte.com/assets/Dcom-UnitedKingdom/... http://www.europeancuphistory.com/euro84.html http://www.fifa.com/live-scores/clubs/club=italy-a... http://www.footballderbies.com/index.php?country=2 http://www.footballinitaly.com/roma.html http://soccernet.espn.go.com/news/story?id=680854&...