Sejarah ABBA

Latar belakang anggota tersendiri

Kesemua anggota kumpulan ini mempunyai sejarah mereka yang tersendiri dan menarik:

  • Anni-Frid Lyngstad merupakan seorang penyanyi yang menyertai acara Melodifestivalen - sebuah acara peringkat kebangsaan yang diadakan di Sweden untuk mewakili negara tersebut ke Pertandingan Lagu Eurovision[2] - tahun 1969. Di sini, Benny Andersson memasukkan lagunya "Hej, Clown" yang mendapat tempat kedua dalam acara tersebut,[4] sini jugalah Benni dan Anni-frid mula berkenalan. Mereka berdua ini berkahwin sebulan kemudian.
  • Agnetha Fältskog dalam sebuah kugiran tarian di Jönköping sebelum membuat rakaman studio di Stockholm dengan bantuan ketua kugiran tersebut, Bernt Enghardt, dan Karl Gerhard Lundkvist. Albumnya yang menampilkan dua lagu hasil rakaman menjadi sangat laris di Sweden dengan sebanyak 80,000 salinan dijual dan namanya menjadi kegemaran orang ramai. Agnetha turut menerbitkan empat LP solo antara tahun-tahun 1968 dan 1971 serta banyak lagu single yang menggunguli carta tempatan.

Hep Stars dan Yhe Hootenanny Singers mula membubar diri pada tahun 1969, pada ketika inilah Andersson dan Ulvaeus merakam album kolaborasi mereka pertama berjudul Lycka (1970). Stig Anderson, pengasas label rakaman Polar Music mula memujuk Ulvaeus dan Andersson menulis sebuah lagu untuk temasya Melodifestivalen yang terbaru. Mereka menulis dua buah lagu yang ditolak pada 1971,[5] namun lagu "Säg det med en sång" yang didendangkan Lena Anderson pada acara tahun 1972 meriah tempat ketiga, malah menjadi popular di Sweden.[6]

Saat penggabungan akhir ini, mereka mendapat nama panjang iaitu Björn & Benny, Agnetha & Anni-Frid.

1972-1974: Pembentukan dan penglibatan dalam Eurovision

Stig lama kelamaan mula menamakan kumpulan diuruskannya dengan nama ABBA merujuk kepada nama-nama pertama semua anggota kumpulan ini: Agnetha, Björn, Benny dan Anni-Frid.[7] Meskipun nama ini akhirnya dirasmikan dalam sebuah akhbar di Gothenburg, ia turut bertindih dengan nama sebuah pegilang tin ikan terkenal di negara tersebut (kini dipanggil Abba Seafood); pihak kumpulan ini meminta izin menggunakan nama ini untuk tujuan pertandingan,[8] syairkat tersebut membenarkannya selagi ia tidak memburukkan reputasi syarikat tersebut.[9]

Kumpulan ini menyertai acara Melodifestivalen 1973 dengan lagu "[Ring Ring" namun gagal layak mewakili Sweden pada tahun tersebut. Stig Anderson segera merancangkan kemasukan ABBA menyertai acara tahun kemudian; mereka diundang memasukkan beberapa lagu untuk acara tersebut - mereka memilih lagu glam rock "Waterloo" yang segera memenangi acara peringkat kebangsaan. Lagu tersebut (pada asalnya dalam bahasa Sweden) dipersembahkan semula dalam Pertandingan Lagu Eurovision yang berlangsung di Brighton, England kali ini dalam bahasa Inggeris. ABBA memenangi acara ini dan membuat konsert jelajah akhbar sehingga lagu tersebut mengungguli carta-carta lagu terhebat serata Eropah termasuk di UK dan Jerman Barat. Bahkan, lagu tersebut turut mendapat tumpuan di Amerika Syarikat menduduki tempat ke-6 di carta Billboard Hot 100; berita ini mendoorng mereka muncul dalam sebuah rakaman bicarawara The Mike Douglas Show di sana

Lewat tahun 1970-an ke awal 1980-an: Kemasyhuran

Peleraian dan pembubaran

Sejak 2016: Penggabungan semula

Pada 20 Januari 2016, keempat-empat anggota ABBA muncul dalam suatu jemputan rasmi melancarkan sebuah restoran bertemakan pementasan Mamma Mia! di Stockholm.[10][11]

Pada 27 April 2018, ABBA mengumumkan dua lagu baru yang dirakam, lagu pertama berjudul "I Still Have Faith in You" akan muncul dalam sebuah siaran khas TV lewat tahun itu[12] yang kemudiannya berjudul ABBA: Thank You for the Music, An All-Star Tribute,[13] lagu kedua berjudul "Don't Shut Me Down".[14][15] Pada Januari tahun selepasnya, Björn mengumumkan mungkin ada kebarangkalian lagu ketiga yang akan muncul pada musim bunga tahun tersebut.[16]